Misi bantuan banjir DERU IKRAM-JIM bertali arus
KUALA LUMPUR – Bencana banjir di Kedah dan Perlis terus mendapat perhatian warga Malaysia yang memang dikenali prihatin. Pelbagai pihak termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berbondong-bondong datang ke dua buah negeri di utara Semenanjung itu untuk menghulurkan bantuan.
Panduan Keluarga 1
Panduan Keluarga 1 content.
Isu Kristian: Cari penjelasan, jangan melatah
KUALA LUMPUR – “Apabila kita mendengar sesuatu berita yang mengejut atau menyangsikan, kita wajib bertindak matang dengan penuh hikmah. Ini berdasarkan konsep Islam ‘fatabayyanu’ iaitu, kamu carilah penjelasan”, demikian ulasan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom semalam.
Menurut beliau, selepas berita itu dipastikan kesahihannya, umat Islam perlu terus mengorak langkah dalam usaha ‘engagement’ untuk bersua kenal dengan tujuan membawa kefahaman Islam yang tulen hingga para penganut agama lain dapat memahami dan menghormati Islam.
Pelancaran BERSIH 2.0
PELANCARAN BERSIH 2.0
BERSATU MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA
“Ke Arah Pilihan Raya Bersih dan Adil”
BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan dalam masa yang sama memastikan misi Malaysia menjadi negara yang demokratik satu realiti.
KIMB sasar 5,000 pelanggan baru Kad Kredit-i Bank Rakyat
TAMAN MELAWATI – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) menyasarkan 5,000 pemegang kad baru Kad Kredit-i Bank Rakyat menjelang hujung tahun ini, khususnya dalam kalangan ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
Gejala zina, buang bayi harus ditangani secara holistik
KOTA BHARU – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kota Bharu dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan berpendapat bahawa gejala buang bayi yang semakin meningkat dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pergaulan bebas dan jenayah zina yang tidak ditangani sewajarnya.