Misi bantuan banjir DERU IKRAM-JIM bertali arus

Dua buah NGO, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) tidak melepaskan peluang ini untuk turut sama beramal di medan realiti saat puluhan ribu manusia benar-benar mengharapkan pertolongan dan sokongan moral.

Misi bantuan IKRAM-JIM yang dikenali dengan nama DERU (Disaster and Emergency Response Unit) telah menggerakkan sukarelawan dalam kalangan ahli-ahlinya seawal 4 November lalu iaitu dua hari selepas banjir mula melanda dua negeri tersebut.

Sehingga semalam, DERU IKRAM-JIM Pusat telah menghantar empat misi ke Kedah dan Perlis. Malam tadi, misi kelima yang terdiri daripada tiga buah kereta dan 13 orang sukarelawan telah bergerak ke Alor Setar dari Pusat Komuniti JIM Taman Melawati dekat sini.

deru utara 3Misi ini membawa bersama sebuah waterjet dan 130 bungkusan buah tangan yang setiap satunya mengandungi sehelai sejadah, telekung dan kain sarong atau kain pelikat. Konvoi telah dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj pada jam 11.30 malam.

Menurut Dr Harlina (gambar), bantuan sukarelawan misi DERU lebih tertumpu kepada usaha-usaha membersih dan mengemas kawasan kediaman mangsa apabila banjir telah surut kerana bantuan seperti makanan dan barangan keperluan lain telah ditangani oleh agensi-agensi kerajaan.

“Dalam situasi seperti ini, apa yang penting ialah kebersamaan kita dengan mereka yang ditimpa musibah. Inilah sokongan moral yang patut kita berikan kerana kita faham perasaan mereka, lebih-lebih lagi apabila banjir telah surut, mereka akan pulang ke rumah dan mendapati banyak harta benda mereka musnah dan keadaan rumah mereka tunggang-langgang,” katanya.

Sehubungan perkara tersebut, Dr Harlina yang juga merupakan Naib Presiden JIM menambah, Wanita IKRAM dan Wanita JIM menghulurkan bantuan berupa peralatan solat seperti sejadah, telekung dan kain pelikat yang dibungkus kemas untuk dihadiahkan kepada mangsa-mangsa banjir. Misi malam tadi turut membawa 130 bungkusan ‘buah tangan’ tersebut serta sebuah waterjet yang akan digunakan dalam kerja-kerja mencuci.

deru utara“Selain itu, IKRAM Pusat telah menggerakkan pasukan DERU IKRAM Negeri dalam usaha bersepadu membantu masyarakat yang ditimpa musibah ini. Untuk tujuan tersebut, setiap IKRAM Negeri diminta menyumbangkan sejumlah wang untuk dikumpul dan dikendalikan oleh IKRAM Pusat dan kita gunakan wang ini dalam misi-misi yang dijalankan,” tambah beliau.

Misi DERU keenam yang akan bertolak Jumaat ini mungkin menaiki sebuah bas. Dr Harlina mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai yang ingin terlibat sebagai sukarelawan. Misi ketujuh yang akan bertolak pada Sabtu, 13 November ini pula akan dianggotai oleh kumpulan doktor dan pelajar perubatan dari Institut Jantung Negara. Kumpulan ini akan membuat pemeriksaan perubatan percuma dan mewujudkan klinik bergerak untuk kemudahan mangsa-mangsa banjir di Kedah.

Dilaporkan sukarelawan DERU IKRAM Kelantan seramai 25 orang juga bertolak malam tadi dengan misi membantu mangsa-mangsa banjir di Perlis, manakala pasukan dari negeri-negeri lain juga datang bertali arus.

Sementara itu, koordinator DERU IKRAM-JIM, Aidil Akbar Mohd Yasin berkata, beliau begitu teruja apabila dihujani panggilan telefon daripada orang ramai yang ingin menyertai misi kemanusiaan ini.

“Alhamdulillah, sebaik sahaja nama dan nombor telefon saya tertera dalam sebuah rancangan televisyen membabitkan Dr Harlina, bertalu-talu panggilan dan pesanan saya terima dari seluruh Malaysia. Antaranya termasuklah seorang pesara tentera dari Terengganu, seorang penduduk di Pahang yang bersedia mengerah anak-anak muda kampung yang tidak bekerja dan seorang ibu di Selangor yang ingin menghantar dua orang anaknya yang sedang bercuti sekarang,” kata Aidil.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai misi DERU IKRAM-JIM khususnya misi keenam ini bolehlah menghubungi Aidil di talian 013-331 4389.

deru utara 4

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia