Pelancaran BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 berharap pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihan raya bertindak dengan telus dan berkesan, termasuk memulihara kedaulatan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengurus tadbir dengan baik dan melastarikannya dalam pembangunan negara.

Isu-isu utama dalam reformasi pilihan raya termasuk:

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih

2. Penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda

3. Reformasi dalam pengundian pos

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding

5. Tempoh kempen minima 21 hari

6. Amalan-amalan adil dan profesional dalam persempadanan kawasan

7. Pendaftaran automatik untuk semua pengundi yang layak

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun

9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan mengehadkan kecenderungan terhadap politik wang

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya

11. Jaminan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus

BERSIH 2.0 dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara rakyat mestilah diutamakan.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)

Masa : 8.30 mlm – 10.30 mlm

Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya

IKRAM adalah anggota BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi)
Andrew Khoo
Arumugam K
Dr Farouk Musa
Haris Ibrahim
Liau Kok Fah
Maria Chin Abdullah
Richard Y W Yeoh
Dr Toh Kin Woon
Dr Wong Chin Huat
Datuk Yeo Yang Poh
Zaid Kamaruddin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia