Lawatan bersejarah Syeikh Jum’ah Amin ke SMI Hira’

Turut mengiringi beliau adalah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Naib Presiden Ust Wan Subki Wan Salleh, Pengerusi Musleh, Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan sebahagian Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat dan IKRAM Selangor.

 

 

Lawatan beliau diiringi dengan alunan Al-Quran dan persembahan nasyid yang penuh semangat. Syeikh Jum’ah turut diberi penghargaan untuk menanam dan menyiram pokok yang dinamakan dengan nama beliau sebagai simbolik kenangan lawatan bersejarah beliau ke sekolah tersebut.

Sejurus selepas ucapan Presiden IKRAM, Syeikh Jum’ah dan para tetamu kehormat dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, para pelajar dan kakitangan SMI Hira’ diberi amanat dan mutiara berharga berupa ucapan Syeikh Jum’ah Amin.

Beliau menegaskan bahawa  tidak ada pemisahan antara ilmu dengan akhlak. Beliau merujuk firman Allah swt dalam surah Al-Alaq’ ayat-1: “Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang menciptakan.”

Jelas beliau, ‘Bacalah’ (Ilmu) dan ‘Rabb’ (tarbiah) mesti berjalan seiring  dan tidak boleh dipisahkan. Semua usaha keilmuan dan pertarbiahan ini mestilah dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.

 

 

Beliau turut berpesan kepada generasi pelajar supaya menjadi qudwah hasanah (contoh ikutan) kepada masyarakat nanti. Dengan qudwah ini, mereka diharap menjadi generasi contoh dan dakwah mereka diterima masyarakat.

Beliau turut menyeru supaya para pendakwah membina hubungan dengan masyarakat dan menambahbaik dan menyempurnakan apa yang sudah baik dalam masyarakat.

“Apa yang ada dalam masyarakat sudah baik, sempurnakanlah semua yang baik itu,” tambahnya.

Syeikh Jum’ah turut menandatangani buku lawatan beliau ke SMI Hira’ dan diberi cenderamata kenangan oleh Presiden IKRAM sempena lawatan beliau ke sana. Diharapkan dengan lawatan beliau, warga pendidik di SMI Hira’ akan terus menyuburkan lagi semangat untuk mengajar dan mendidik pelajarnya sebagai pelapis dan generasi dakwah masa depan.

 

Gambar ihsan: Abu Ikram (Wan Abdullah Mujahid)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia