Presiden IKRAM, Timbalan hadiri dialog bersama KSU KDN

Dalam dialog tersebut, Presiden dan Timbalan Presiden IKRAM mengesyorkan agar pihak Kerajaan melihat rasional di sebalik setiap perkembangan yang berlaku di mana masyarakat telah semakin matang dalam menilai dan mengambil tindakan.

Dr Parid mengulas tentang hikmah dalam mengendalikan isu dan masyarakat, berlapang dada dan mengelakkan penafsiran yang silap. Menurut beliau, tidak semua yang sempurna dalam masyarakat, dan NGO seharusnya membawa pembaikan, pembaharuan, perubahan serta penyempurnaan dalam masyarakat.

Dr Parid juga menyentuh tentang pendekatan damai, mengasuh masyarakat, kepentingan berdialog, perhubungan yang konstruktif antara pelbagai pihak serta pentingnya mengurangkan perselisihan bagi mengelakkan bermulanya fitnah.

Prof Hatta pula menyentuh tentang usaha baik KDN untuk berinteraksi dengan pelbagai NGO yang perlu diteruskan. Tambahnya, rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana menurut Global Peace Index (GPI) untuk tahun 2010, Malaysia merupakan negara ke-19 paling aman di dunia, mengatasi Singapura yang kini berada di tangga ke-24, dan juga negara kedua di Asia selepas Jepun.

Belia turut menyarankan, dalam suasana kematangan demokrasi, kerajaan sepatutnya menyiapkan satu tempat lapang atau stadium supaya orang ramai boleh meluahkan perasaan dan menjerit-jeritkan slogan.

Dengan pendekatan ini, semua pihak akan gembira sementara keselamatan juga terjaga, pemandu teksi pula tidak kehilangan mata pencarian kerana sibuk membawa penumpang ke tanah lapang dan stadium, serta para peniaga turut boleh berniaga di kawasan tersebut.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia