
Untuk golongan dewasa, selepas senaman tai chi, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan derma darah disediakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Setapak dan Pusat Darah Negara melalui Hospital Klang.
Pada jam 1030 pagi, forum bertajuk Kesihatan Berkualiti, Kebahagian Dinikmati dengan penampilan personaliti tv Dr Mohd Ghazali Taib sebagai moderator dan Ketua Wanita IKRAM Setiawangsa Dr Ariza Mohamed dan Ustaz Noorazi dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa sebagai panelis.
Golongan remaja pula diisi dengan dua pilihan program iaitu Demonstrasi Memasak “Chef de Mission” bersama Chef Shaifudin dengan kerjasama IKRAM Teens Wilayah Persekutuan dan aktiviti Anak Soleh Super yang mendapat penyertaan pelajar daripada SMK Wangsa Melawati.
Gerai-gerai pameran dan jualan turut memenuhi pekarangan masjid termasuk gerai IKRAM, Aqsa Syarif, Hidayah Centre dan PERINTIS.
Karnival yang julung kali diadakan oleh IKRAM Setiawangsa ini juga telah mendapat liputan TV Al Hijrah dan Harian Metro. Saksikan liputan TV Al Hijrah pada malam ini.