Presiden IKRAM Dilantik Ahli Lembaga Pengarah KPBKL

SERI KEMBANGAN – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd (Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur – KPBKL). Pelantikan tersebut dimaklumkan melalui surat rasmi oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Datuk Dr Mohd Daud Bakar, berkuat kuasa selama dua tahun […]
Ubat PrEP Tangani HIV/AIDS: Fatwa Perlis Disambut Baik

1. Kami merujuk kepada fatwa Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-63/ 2023 23-24 Julai 2023/ 5-6 Muharram 1445 yang disiarkan kepada umum pada 16 November 2023 berkenaan hukum pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) kepada golongan yang berisiko. Kami menyambut baik kenyataan daripada fatwa ini. Sedikit sebanyak fatwa ini memberi ketenangan serta pengiktirafan kepada […]
Naib Presiden IKRAM Bertemu Menteri Luar Jerman

PUTRAJAYA – Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Profesor Dr Hanim Salleh hari ini dijemput untuk bertemu Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock bagi berbincang mengenai peranan wanita Islam di Malaysia. Menurut beliau, IKRAM sebagai NGO Islam yang moderat (wasatiy) dan progresif memainkan peranan meningkatkan kesedaran tentang peranan wanita dalam menjayakan pembinaan negara. “Walaupun kepimpinan wanita […]
Perpaduan: Cikgu Param Menang Anugerah MyHero 4.0

KUALA LUMPUR – Muhammad Farhan Param Kunaseigaran, lebih mesra dipanggil Cikgu Param yang pernah muncul dalam video perpaduan TV IKRAM pada 2022, hari ini dinobatkan antara enam pemenang Anugerah MyHero 4.0 pada hari ini. Anugerah disampaikan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang kepada beliau, disaksikan oleh Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur […]
Perhimpunan Hari Tindakan Global untuk Gaza Sabtu Ini

SERI KEMBANGAN – Gerakan BDS Malaysia bersama lebih 30 NGO bakal mengadakan perhimpunan ‘Hari Tindakan Global: Hentikan Perang di Gaza, Gencatan Senjata Sekarang’ di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Sabtu ini. Perhimpunan ini adalah sebahagian daripada ‘Global Day of Action’ yang akan berjalan di seluruh dunia pada tarikh yang sama mendesak gencatan senjata di Gaza […]
IKRAM Kunjungi Universiti Fatoni, Salur Bantuan Banjir

PATTANI – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin dan Timbalannya, Jusni Yusoff mengadakan kunjungan persaudaraan ke Universiti Fatoni pada Khamis, 4 Januari lalu. Kunjungan tersebut disambut oleh Rektor Universiti Fatoni, Dr Ismail Lutfi Japakiya dan kepimpinan kanan universiti itu. Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan IKRAM kepada A-Khidmat, sebuah agensi kemanusiaan universiti yang […]