Stoking Tertera Kalimah Allah: Jaga Sensitiviti Umat Islam, Serah Kepada Pihak Berkuasa

Stoking Tertera Kalimah Allah: Jaga Sensitiviti Umat Islam, Serah Kepada Pihak Berkuasa

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menggesa semua pihak tidak memandang ringan isu stoking tertera nama Allah kerana ia adalah isu yang sangat sensitif untuk umat Islam. Sebarang penyalahgunaan kalimah Allah boleh mengundang reaksi yang berat daripada umat Islam.

Oleh itu, KK Mart dan mana-mana pengeluar, pembekal, pengedar dan peniaga lain perlu memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi bagi apa-apa sahaja produk yang dijual.

Perundangan berkaitan isu ini perlu diperkukuhkan lagi agar sebarang pelanggaran seperti ini boleh diambil tindakan yang sewajarnya.

Selain itu, orang Islam yang bekerja di mana-mana organisasi/syarikat perlu proaktif membantu memastikan organisasi/syarikat tidak terlibat melakukan kesilapan yang boleh merugikan.

HIKAM juga berharap orang awam terutama orang-orang Islam agar bertenang dalam menghadapi isu ini dan jangan biarkan emosi mengawal tindakan kita.

Laporan polis telah dibuat dan KK Mart sudah pun meminta maaf ekoran insiden ini. Maka serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

Dalam pada itu, HIKAM menggesa agar isu stoking tertera nama Allah tidak dijadikan isu politik. Sewajarnya ia menjadi isu yang diambil iktibar dan dipandang berat oleh semua pihak, mengangkat prinsip pertama Rukun Negara – Kepercayaan kepada Tuhan.

Sebagai rakyat Malaysia, menjaga keharmonian masyarakat dan negara perlu menjadi keutamaan. Sikap saling menghormati dan menjaga sensitiviti antara pelbagai etnik, budaya dan agama di Malaysia amat penting untuk ditegakkan.

Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Shahrul Aman Mohd Saari
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia