BAKIM Edar Pek Iftar di Sekitar Ibu Pejabat IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seperti tahun-tahun sebelumnya, petang Ramadan di sekitar Jalan Dagang SB, Taman Sungai Besi Indah disemarakkan dengan edaran Pek Iftar Rahmah Komuniti oleh Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM). 

Edaran pek iftar ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan dengan semangat infak dan berkongsi rezeki serta menyantuni komuniti sekitar Ibu Pejabat IKRAM.

Menurut Yang Dipertua BAKIM, Siti Nur Adibah Zulkafli, program ini menyasarkan seramai 500 penerima dalam kalangan masyarakat sekitar Jalan Dagang SB.

“Aktiviti ini dijalankan selama dua minggu pada setiap petang hari bekerja bermula dari 18 Mac sehingga 2 April 2024. Sebanyak 50 pek iftar diedarkan kepada komuniti Jalan Dagang setiap hari,” kata beliau.

Dari sudut pelaksanaan, jelasnya, agihan pek ini disasarkan kepada syarikat dan kedai yang mempunyai pekerja Muslim berdekatan Ibu Pejabat IKRAM, pemandu teksi, penghantar makanan mahupun orang awam di KTM Serdang, stesen bas serta mereka yang lalu-lalang.

“Apa yang menarik, pek iftar ini bukan sahaja terisi dengan juadah berbuka, bahkan ia turut disertakan kurma, air kotak, nasi berlauk, termasuk brosur IKRAM dan bahan-bahan kempen Ramadan yang bermesejkan 7S iaitu solat, sahur, selawat, sedekah, sederhana, sabar dan silaturahim,” ujarnya.

Proses penyediaan bermula dari menampal stiker dan membungkus barang iftar ke dalam beg plastik, pembukaan reruai iftar di hadapan pejabat sehingga agihan pek iftar ini dilaksanakan sendiri oleh kakitangan IKRAM pada jam 3.30 petang.

“Alhamdulillah, agihan pek iftar ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan kebiasaannya bungkusan selesai diedar menjelang 4.00 petang.”

Semoga aktiviti edaran pek iftar ini dapat membantu komuniti setempat serta membangkitkan semangat untuk membantu antara satu sama lain, sepertimana sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” (HR Muslim, no. 1893) 

Di samping aktiviti edaran pek iftar, BAKIM turut melaksanakan pelbagai aktiviti Ramadan bersama kakitangan IKRAM, antaranya tadarus, tazkirah Ramadan, majlis iftar, jualan kurma dan sebagainya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia