SERI KEMBANGAN – Siri Tazkirah di saluran YouTube TV IKRAM pada tahun ini menampilkan kelainan berbanding tahun lepas.
Pada kali ini, edisi khas Tazkirah Ramadan 2024 membawakan konsep tazkirah menerusi rancangan masakan.
Siri Tazkirah Ramadan menampilkan 15 episod dengan resipi masakan yang sesuai dijadikan juadah berbuka dan juga persiapan raya.
Dalam menjawab pelbagai persoalan masyarakat Muslim di Malaysia khususnya, TV IKRAM menampilkan Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, Pengerusi Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) sambil mendapatkan resipi masakan istimewa beliau.
Lokasi penggambaran diadakan di House of Kambing (HOK), Serdang turut menampilkan kehijauan padang rumput dan juga seekor unta yang menambah seri rancangan kali ini.
Jangan lupa untuk menonton video Tazkirah Ramadan 2024 di YouTube TV IKRAM yang dimuat naik selang sehari sepanjang Ramadan ini.