Kes Buli: Pendidikan Karakter Berasaskan Nilai, Persekitaran Rahmah & Pemantauan Perlu Dipertingkatkan

Kes Buli: Tingkat Pendidikan Karakter Berasaskan Nilai | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius kes buli dan penderaan ke atas seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan.

Kes buli telah berulang kali berlaku dan disiarkan di media. Tahun lepas dilaporkan 5,319 kes buli membabitkan murid sekolah telah direkodkan.

IKRAM mengambil maklum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM tahun lepas.

Bagi memantapkan lagi langkah pengawalan berkenaan, IKRAM mengesyorkan perkara-perkara berikut:

1. KPM segera beranjak kepada sistem pendidikan yang holistik dan bersepadu yang merangkumi pendidikan berasaskan nilai, pendidikan karakter, penerapan adab dan keunggulan karamah insaniah.

2. KPM perlu membudayakan persekitaran persekolahan yang berasaskan rahmah dan kasih sayang di institusi-institusi pendidikan, bukan sahaja mengukuhkan adab dan nilai-nilai karamah insaniah, tetapi juga menolak budaya negatif dan ekstremis.

3. Pentadbiran sekolah berasrama perlu menyediakan pemantauan yang lebih ketat. Ini termasuk melantik warden secara sepenuh masa serta penggunaan teknologi seperti CCTV.

4. Kepimpinan sekolah juga perlu memudah cara pelaporan atau aduan dibuat apabila bibit-bibit buli mula muncul dalam kalangan pelajar. Polisi perlindungan pengadu dan saksi perlu diwujudkan.

5. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran tentang implikasi serta kesan buruk bukan sahaja kepada mangsa, tetapi juga pelaku dan keluarga masing-masing.

6. Mengambil kira pembuli juga mungkin berhadapan masalah tekanan mental, kerunsingan akibat tekanan pembelajaran, rakan sebaya dan seumpamanya, peranan kaunselor sekolah perlu diperkasakan bagi mengenal pasti dan menangani masalah mental dan emosi pelajar. Bagi kes-kes tertentu, hukuman yang keras boleh dikenakan termasuk penggunaan rotan jika perlu.

7. Melaksanakan pendekatan menyeluruh melibatkan ibu bapa dan penjaga dalam usaha antibuli dengan menyediakan sumber, bengkel dan peluang untuk berdialog serta berkomunikasi secara terbuka dengan kakitangan sekolah.

8. Bekerjasama dengan organisasi masyarakat, penguat kuasa undang-undang dan profesional kesihatan mental untuk menangani buli di dalam dan di luar persekitaran sekolah. Kerjasama ini boleh menyediakan sumber tambahan dan sokongan untuk pencegahan dan intervensi.

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia