IKRAM Sertai Majlis Dialog & Berbuka Puasa Bersama NGO Islam

IKRAM Sertai Majlis Dialog & Berbuka Puasa Bersama NGO Islam

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia menyertai Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Bersama NGO-NGO Islam Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada Khamis, 14 Mac lalu di Masjid Putra di sini.

Majlis dihadiri Presiden Hj Badlishah Sham Baharin, Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Ahli JKP Ust Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, termasuk wakil-wakil IKRAM Selangor dan IKRAM Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bertujuan menghubungkan NGO-NGO Islam di Malaysia dan membentuk muafakat bersama dalam melaksanakan gerak kerja dakwah di negara ini. 

Ia mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila seramai hampir 250 peserta daripada lebih 40 NGO Islam Malaysia hadir pada majlis ini.

Selain IKRAM, antara NGO yang hadir termasuklah ABIM, GEPIMA, WADAH, HALUAN,  GPMS, PERTIWI, PERKID, MACMA, PEMBELA, PINTAS, Hidayah Centre Foundation, Kiswah Care dan Munsyid Malaysia.

Tidak ketinggalan ialah Yayasan Islam Darul Ehsan, Persatuan Pelajar Islam Selangor, Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia, Yayasan Al Baghdadi, Yayasan Maghfirah, Yayasan EZ Prihatin,  Yayasan Ihtimam Malaysia, Ikatan Ilmuan Ahli Sunnah Malaysia serta Medicom.

Dua NGO Orang Kelainan Upaya iaitu Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan  Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM) turut menghantar wakil mereka ke majlis ini.

Dalam majlis itu, Hj Badlishah Sham turut menyertai sesi dialog yang membariskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan dan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama moderator, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup.

Antara yang dibangkitkan dalam sesi dialog dan sumbang saran ialah supaya diwujudkan piawaian penubuhan NGO, pemerkasaan golongan OKU, tatakekola NGO Islam, pendanaan, penyelarasan gerak kerja serta usaha menggiatkan penglibatan mualaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Mokhtar turut hadir pada majlis berbuka puasa bersama NGO-NGO Islam selepas sesi dialog selesai.

IKRAM mengucapkan tahniah dan terima kepada YADIM selaku penganjur majlis ini yang melibatkan NGO-NGO Islam dan berharap ia dapat mencapai objektifnya bagi membentuk muafakat bersama demi dakwah.

Kredit foto: YADIM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia