Aktiviti IKRAM Negeri

Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

Berita

Kenderaan tenggelam, sukarelawan i-Bantu terselamat

HULU DUNGUN – Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik sukarelawan i-Bantu tenggelam ke dasar sungai semalam ketika menghantar bantuan ke Kampung Pelambor yang terputus bekalan di sini.

Kursus Induksi Tunas Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh

KUCHING – Kursus Induksi Tunas Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2014 bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kuching.

Kursus induksi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada guru-guru di sekolah tersebut sebelum mereka mengajar murid-murid yang berada di tahun empat.

Sepanjang kursus ini, para guru melalui beberapa modul kejurulatihan termasuklah kawad kaki, kemahiran asas mempertahankan diri atau “Basic Self-Defense (BaSeD), kemahiran asas bantu mula (basic first aid), kemahiran asas ikatan dan kemahiran asas perkhemahan.

IKRAM Sarawak Bersama Masyarakat Setempat

Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu.

Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas. Atas kesedaran ini melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Darus Salam, Program IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 25 Disember 2014 bertempat di Masjid Darus Salam, Kampung Rampangi.

Program ini disertai oleh 105 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang peserta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 13 tahun dan selebihnya peserta dewasa.

“Kita Muslimah Kacak Baa” Tanam Rasa Izzah Sebagai Muslimah

SIBU – IKRAMTeens Sibu mengadakan program khas untuk remaja ‘Kita Muslimah Kacak Baa’ (Kita Muslimah Cantik ) pada 12 Disember yang lalu. Program ini telah diadakan pada di Pejabat IKRAM daerah Sibu, Sarawak bersama 25 orang peserta yang berusia lingkungan 13-17 tahun.

Objektif program diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta, memperkenalkan ciri-ciri peribadi Muslim serta menanam rasa ‘izzah para peserta sebagai seorang muslimah.

Tiga slot yang telah diadakan iaitu ‘Ukhuwah, apa ya?’, ‘Sahabiah? Sapa ya? Macam Kacak Jak?, dan ‘Juh Mesra al-Quran’.

Mukhayyam Akhawat Serius Kool 2014 MASK ’14

KOTA SAMARAHAN – Mukhayyam Akhawat Serius Kool diadakan pada 12-14 Disember 2014 bertempat di Taman Negara Gunung Gading, Lundu, Sarawak. Program ini adalah anjuran IKRAM SISWA UNIMAS dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kota Samarahan dan disertai oleh 110 orang peserta dan fasilitator daripada kalangan mahasiswi IPT sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Bersedekahlah – Pulangan Hebat Menanti Anda!

Menikmati hidup yang senang, mudah dan mewah memang sesuatu yang sentiasa diidam-idamkan. Itulah fitrah kita sebagai manusia yang sentiasa mahukan kesenangan. Bersyukurlah jika hari ini kita masih punya makanan untuk mengisi perut yang lapar, rumah yang selesa untuk didiami, kenderaan untuk bergerak ke mana-mana destinasi yang kita mahu pergi.

Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia