Kenderaan tenggelam, sukarelawan i-Bantu terselamat

Meskipun mengalami detik mencemaskan, lima orang sukarelawan i-Bantu dan seorang penduduk tempatan yang dibawa kenderaan jenis Toyota Hilux bernasib baik apabila salah satu tingkap di bahagian penumpang berjaya dibuka.

Kesemua penumpang dan pemandu berjaya berenang keluar daripada tingkap tersebut dan menyelamatkan diri sebelum kereta tersebut hanyut dan tenggelam ke dasar sungai.

Mereka yang terselamat bersama 14 orang lagi sukarelawan i-Bantu Dungun dan Kuala Terengganu sebelumnya telah menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Jongok Batu dan Kampung Kuala Jengal semalam.

Sebelum kejadian, pasukan sukarelawan i-Bantu telah berbincang dengan pihak pusat pemindahan banjir SMK Kuala Jengal dan telah dimaklumkan bahawa Kampung Pelambor memerlukan bantuan kerana telah terputus hubungan darat dengan kawasan luar.


Paras air di laluan masuk kampung Pelambor tersebut dianggarkan sedalam 0.5 meter pada sebelah paginya dan boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda, rupanya telah naik mendadak mencecah dua meter menyebabkan salah satu kenderaan sukarelawan hanyut.

Kerugian yang dialami antara lain adalah sebuah Toyota Hilux tersebut yang masih belum dijumpai, sebuah Mitsubishi Pajero yang kini berada di SMK Kuala Jengal serta barangan bantuan yang turut hanyut dibawa arus sungai.

Salah seorang anggota polis di Kuala Jengal turut berjaya menghidupkan salah satu kenderaan sukarelawan yang dimasuki air setelah bertungkus lumus membaikinya.

Para sukarelawan yang terselamat ketika ditanya berkata, mereka amat bersyukur kerana selamat dan mengakui bahawa ini adalah ujian dan tarbiah daripada Allah. Namun, mereka agak kesal kerana tidak dapat menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kampung Pelambor yang dianggap sebagai satu amanah daripada para penyumbang.

Pastinya, mereka memperoleh pengalaman yang cukup berharga dan pengajaran yang amat bermakna untuk dikongsi bersama para sukarelawan lain. Semoga para sukarelawan sentiasa menjaga keselamatan kenderaan sepanjang dalam perjalanan dan memastikan jalan banjir yang dilalui benar-benar selamat untuk diharungi, insya-Allah.

Sumber foto:

http://on.fb.me/1BjYpG4

http://on.fb.me/1vo1fFB

http://on.fb.me/13G6n11

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia