Bersedekahlah – Pulangan Hebat Menanti Anda!

Namun begitu, tidak semua berpeluang merasakan nikmat kesenangan dan kemewahan ini. Ada yang diuji dengan kesempitan dan kemiskinan. Setiap hari dilalui dengan rasa gusar memikirkan bagaimana mahu memastikan perut anak-anak diisi, mahu tinggal di mana dan sebagainya.

Islam tidak mengabaikan hak mereka yang tidak berkemampuan ini apatah lagi menyuruh umatnya untuk bersikap individualistik dan pentingkan diri sendiri. 

Oleh itu, Islam menganjurkan amalan bersedekah. Hal ini untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan ini turut merasakan nikmat seperti mana yang dirasai oleh golongan yang berkemampuan.

Justeru, jika kita mendapati kita dalam keadaan mampu untuk bersedekah, maka bersedekahlah. Allah telah menjanjikan pulangan yang lebih baik sekiranya kita bersedekah seperti firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 161 yang bermaksud,

‘Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.’

Tidakkah kita tertarik dengan tawaran Allah ini? Allah menjanjikan pulangan yang lebih baik sekiranya kita bersedekah. Tambahan pula, orang yang bersedekah sama sekali tidak akan berkurang hartanya seperti mana yang telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis riwayat Muslm, ‘tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah’.

Terdapat beberapa panduan untuk kita bersedekah:

1. Memberikan sesuatu yang dalam keadaan baik dan halal. Lebih diutamakan adalah barang yang kita sayangi dan sukai seperti yang telah Allah sebutkan dalam surah Ali Imran ayat 92,

‘kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan yang sempurna selagi kamu belum mendermakan apa yang kamu sayangi.’

2. Bersedekah secara terang-terangan atau secara sembunyi. Itu terpulang kepada niat kita sendiri.
3. Tidak mengungkit-ungkit pemberian kita serta mengharapkan balasan daripada orang yang diberi

.
Jom, bersedekahlah selama Allah masih berikan kemampuan.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia