Sekongkol Menentang Pemerkasaan Islam Satu Fitnah – IKRAM

Telah tular di grup-grup WhatsApp satu tuduhan yang menyatakan bahawa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersekongkol dengan kumpulan yang menentang usaha memperkasakan Islam yang disertakan dengan gambar Nik Elin dan individu yang didakwa sebagai ADUN Kota Lama (Kelantan), YB Dr Hafidzah Mustakim. IKRAM ingin menegaskan bahawa tuduhan ini adalah fitnah semata-mata, tidak berasas dan berniat jahat. […]
Promosi Perpaduan: IKRAM dan Lebih 30 NGO Jayakan SBK 2023

KUALA LUMPUR – Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) 2023 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mendapat kerjasama lebih 30 buah badan bukan kerajaan (NGO). “IKRAM mendapat sokongan daripada lebih 30 NGO daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang yang akan bekerjasama dalam beberapa aktiviti sepanjang sambutan ini,” kata Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapannya […]
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Ogos dan September setiap tahun merupakan bulan yang membawa seribu makna kepada seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia yang tercinta. Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman ketika perisytiharaan kemerdekaan negara, “Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan […]
MyBangi2U Madani Platform Pembangunan Komuniti B40

SERI KEMBANGAN – Platform digital pembangunan komuniti B40, MyBangi2U Madani telah dilancarkan pada 5 Ogos lalu di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Pelancaran disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan. Turut hadir menyaksikan pelancaran ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan wakil Ahli Parlimen Ampang, YB Rodziah Ismail. Diasaskan oleh […]
Didik Anak Cakna Politik, Demokrasi: Ini Caranya

Setelah merdeka selama 66 tahun, masih ramai warga Malaysia yang kurang jelas peranan mereka kepada demokrasi dan kestabilan negara. Ramai yang memahaminya sebagai hanya membuang undi pada satu hari yang dikenali sebagai Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Kecil (PRK). Jika ini berterusan, alangkah malangnya nasib demokrasi di Malaysia. Pengertian […]
Bijak Mengurus Langkah Pertama Celik Kewangan

Peningkatan kes kebankrapan dalam kalangan belia di Malaysia menimbulkan kebimbangan terhadap kesejahteraan hidup masyarakat. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Insolvensi menunjukkan hampir 60 peratus daripada 46,132 rakyat Malaysia dari tahun 2018 berumur 25 hingga 44 tahun telah diisytihar bankrap. Kebanyakan kes kebankrapan yang dilaporkan oleh Jabatan Insolvensi ialah kegagalan membuat bayaran pinjaman terutama pinjaman peribadi, […]