MyBangi2U Madani Platform Pembangunan Komuniti B40

SERI KEMBANGAN – Platform digital pembangunan komuniti B40, MyBangi2U Madani telah dilancarkan pada 5 Ogos lalu di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.

Pelancaran disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan. Turut hadir menyaksikan pelancaran ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan wakil Ahli Parlimen Ampang, YB Rodziah Ismail. 

Diasaskan oleh Syarikat TechCapitol MyRO dan NGO IKRAM Kawasan Bandar Baru Bangi, MyBangi2U Madani memfokuskan pembangunan program komuniti yang boleh diakses melalui platform digital bagi menyokong komuniti berpendapatan rendah di Bangi, Selangor. 

Program di bawah MyBangi2U bersifat tanpa untung, selaras dengan aspirasi kewujudannya untuk membina komuniti yang bersatu dan dipercayai di Bangi menerusi program kesejahteraan masyarakat.

Terdapat beberapa projek yang telah dijalankan bersama rakan strategik seperti Yadim, UNITEN, GMI, KPTM dan UKM.

Antaranya ialah GoHijau yang merupakan sebuah program bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar menerusi usaha mengumpul minyak masak terpakai. Program ini menggunakan teknologi mesin ‘GoHijau Oil Bank’ dan aplikasi percuma GoHijau. 

Penggunaan mesin ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk menjana duit apabila menuangkan minyak terpakai ke dalam mesin ini. Di samping itu, program ini turut menawarkan peluang pekerjaan kepada yang berminat menjadi rider yang bertanggungjawab untuk mengutip hasil minyak daripada orang ramai.

Program Sijil Global iSmart (GCP) dan Program Sijil Transformasi Digital iSmart (DTCP) adalah program latihan yang dijalankan untuk meningkatkan daya saing rakyat Malaysia dalam bidang kejuruteraan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), selain menawarkan penempatan pekerjaan selepas tamat kursus.

MyRobotics Club juga merupakan antara salah satu inisiatif yang dijalankan dalam MyBangi2U Madani untuk memberi peluang pada pelajar mengeksplorasi dunia pengaturcaraan dan robotik. 

Terdapat banyak lagi projek di bawah MyBangi2U Madani yang mengalu-alukan penyertaan masyarakat awam dan turut menawarkan ruang kerjasama dengan pihak industri, institusi pengajian tinggi serta komuniti tempatan.

Orang awam boleh turut sama menjayakan program-program di bawah MyBangi2U Madani melalui penyaluran sumbangan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari https://www.mybangi2u.my/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia