Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh | IKRAM

Ogos dan September setiap tahun merupakan bulan yang membawa seribu makna kepada seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia yang tercinta.

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman ketika perisytiharaan kemerdekaan negara, “Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.”

Katanya lagi, “Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai satu bangsa dan sebagai satu negara.”

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 telah menambah kepelbagaian etnik dan kaum, agama dan budaya di negara ini. Kesepaduan rakyat ini mewarnai Malaysia dengan keindahan dalam kepelbagaian. Kekuatan ini sewajarnya dimanfaatkan untuk membangunkan negara ke tahap yang tinggi dan disegani oleh masyarakat luar.

Enam dekad telah berlalu namun isu-isu perkauman, raja dan agama (3R) sering menjadi laungan dan modal yang dimainkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Kesannya dibimbangi boleh menghakis perpaduan dalam kalangan rakyat dan juga keharmonian serta ketidakstabilan negara.

Justeru, bagi memupuk kesetiaan dan cintakan negara serta menyemarakkan perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, Sambutan Bulan Kebangsaan telah dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan. swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sepanjang bulan Ogos dan September pada setiap tahun.

Walaupun terdapat perbezaan kerana wujudnya kepelbagaian sesama kita, namun sebagai rakyat negara ini, kita tetap teguh bersama, saling menghormati, menolong dan bersatu padu bagi memupuk keharmonian dan membina kemakmuran.

Oleh itu, bagi mengukuhkan lagi agenda perpaduan dan kesepaduan di Malaysia, kami mewakili NGO dan CSO yang tersenarai menyeru agar:

1. Rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO dan sektor swasta berganding bahu dengan kerajaan untuk mempertaut dan mengukuhkan hubungan antara anggota masyarakat dan tidak goyah dengan apa sahaja hasutan, fitnah dan sentimen agama dan perkauman yang dimainkan.

2. Kerajaan Perpaduan perlu terus menunjukkan sifat patriotik dengan segala tindakan untuk memajukan negara secara holistik merangkumi aspek pembangunan insan, sosial dan ekonomi serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti.

3. Mengajak semua pihak untuk memupuk budaya yang berteraskan nilai-nilai murni, kebenaran, persaudaraan, kasih sayang, keadilan dan saling menghormati serta mengukuhkan institusi keluarga.

4. Semua pihak, sama ada kerajaan, parti politik, sektor swasta, NGO dan persatuan di semua peringkat mempergiatkan usaha memupuk keharmonian dan perasaan kasih sayang antara sesama rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha meningkatkan semangat perpaduan dan kesepaduan demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta.

Kenyataan ini disokong bersama NGO dan CSO berikut:

  1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  2. Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional(PENAWAN)
  3. Jalingan Ukhwah Wanita Rahmah (JUWARA)
  4. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
  5. Persatuan Patriot Kebangsaan
  6. Gabungan i25
  7. Persatuan Pembangunan Akademik dan Sahsiah Murid India (PASUMAI)
  8. Projek57
  9. Better Dads Malaysia
  10. Pertubuhan Literasi Demokrasi (Ajar Demokrasi)
  11. Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)
  12. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  13. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
  14. Kajian Dasar IKRAM (KADRI)
  15. Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia
  16. Hidayah Centre Foundation
  17. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia ( PKPM)
  18. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
  19. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
  20. Pertubuhan Jalinan Ukhuwah Wanita Rahmah
  21. LLG Cultural Development Centre
  22. Educational Welfare Research Foundation (EWRF)
  23. Pertubuhan Wanita Dinamik
  24. Christians for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM)
  25. Association of NexGen Christians of Malaysia (ANCOM)
  26. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
  27. Pertubuhan Teratak Wanita Islam (TERATAI)
  28. Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ)
  29. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
  30. Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)
  31. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia