Adakah al-Quran Wahyu Tuhan? Apa Buktinya?
Berdasarkan pengalaman para pendakwah, antara perkara lazim yang ditanyakan oleh bukan Muslim mengenai Islam adalah berkaitan al-Quran. Paling asas soalan mereka ialah,“Benarkah al-Quran wahyu Tuhan? Jika benar, apa buktinya?” Sebagai Muslim, alangkah baiknya jika kita mempunyai sedikit pengetahuan untuk merungkai persoalan tersebut. Malah, kebenaran al-Quran sebagai wahyu Tuhan merupakan perkara pokok yang perlu kita jelaskan, […]
Hari Kebangsaan Ke-65: Perutusan Presiden IKRAM
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Teguh Bersama. Alhamdulillah Robbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiyaa-i wal Mursalin wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN AHLI IKRAM YANG DIKASIHI, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama zahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita dengan […]
Peguam Negara ‘Orang Dia’: Hormati Badan Kehakiman
Edward Gibbon, pengarang ‘The Decline and Fall of the Roman Empire,’ dalam penulisannya menyebut: “Kebebasan badan kehakiman ialah kepercayaan bahawa keputusan kehakiman harus tidak memihak dan tidak tertakluk kepada pengaruh cabang kerajaan lain (eksekutif dan perundangan) atau kepada pengaruh kepentingan peribadi mahupun politik, dengan kata lain, apa yang dipanggil pengasingan kuasa.” Kebebasan badan kehakiman adalah […]
IKRAM, MyCARE Kunjungi Kedutaan Afghanistan
KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah melakukan kunjungan muhibah ke pejabat Kedutaan Afghanistan hari ini. IKRAM diwakili Jawatankuasa Antarabangsanya, Ustaz Abd Haris Bain, manakala MyCARE diwakili Pengurus Projek, Ustaz Noorsyazly Rameli. Pertemuan bersama Setiausaha Kedua, Abdul Hai Qanit menjurus perbincangan ke arah Misi Bantuan Kemanusiaan Afghanistan 3.0 ke […]
Sukan Pentas Perpaduan Rakyat
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik! Kejayaan mereka merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia pada 27 Ogos 2022 di Tokyo, Jepun amat membanggakan. Walaupun negara kita mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya yang membawa cabaran tersendiri, rakyat Malaysia yang sejati akan sentiasa bersatu hati […]
Peguam Negara: Kenyataan Azalina Tidak Wajar
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius ucapan Datuk Seri Azalina Othman yang dilaporkan berkata bahawa Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ untuk memudahkan segala urusan. Ucapan itu amat tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin, apatah lagi beliau adalah Penasihat Undang-undang Perdana Menteri. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan prinsip pengasingan […]