IKRAM, MyCARE Kunjungi Kedutaan Afghanistan

IKRAM, MyCARE Kunjungi Kedutaan Afghanistan | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah melakukan kunjungan muhibah ke pejabat Kedutaan Afghanistan hari ini.

IKRAM diwakili Jawatankuasa Antarabangsanya, Ustaz Abd Haris Bain, manakala MyCARE diwakili Pengurus Projek, Ustaz Noorsyazly Rameli.

Pertemuan bersama Setiausaha Kedua, Abdul Hai Qanit menjurus perbincangan ke arah Misi Bantuan Kemanusiaan Afghanistan 3.0 ke Kabul, Afghanistan yang dijangka akan berlepas pada 3 hingga 11 September 2022 depan.

“Misi ketiga ini adalah susulan daripada bantuan sebelum ini yang memfokuskan bantuan kebajikan dan perubatan,” kata Ustaz Abd Haris.

Pasukan misi bantuan kemanusiaan tersebut melibatkan Ustaz Noorsyazly dan dua orang pakar perubatan kecemasan iaitu Presiden IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor dan Dr Mohd Nadzrul Shah Mohd Junit.

“Pertemuan yang diadakan telah berhasil membuka laluan kerjasama lebih luas pada masa hadapan dalam sektor perniagaan, pendidikan dan pembangunan wanita serta kanak-kanak,” jelas beliau.

Semoga muafakat yang dicapai berjaya terlaksana dengan baik dan lancar serta memberikan manfaat secara dua hala.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia