Hari Kebangsaan Ke-65: Perutusan Presiden IKRAM

Hari Kebangsaan Ke-65: Perutusan Presiden IKRAM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera dan Salam Teguh Bersama.

Alhamdulillah Robbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiyaa-i wal Mursalin wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.

SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN AHLI IKRAM YANG DIKASIHI,

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama zahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita dengan nikmat kemerdekaan selama 65 tahun.

Sejarah telah membuktikan bahawa kemerdekaan negara terhasil  dengan pengorbanan pelbagai pihak tanpa mengira batasan agama, bangsa dan kaum.

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Ismail Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan dalam usaha mendapatkan kemerdekan perlu kita hayati.

Bukan sedikit juga pahlawan negara yang gugur dan terkorban dalam mencapai dan mempertahankan kemerdekaan negara ini. 

Selayaknya kita berterima kasih kepada perjuangan dan pengorbanan semua yang terlibat terutama anggota keselamatan, tentera dan polis sejak dahulu sehingga kini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan.

Ini kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengisahan sejarah semata-mata, namun ia adalah detik negara tercinta kita bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri.

Sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia bagi tahun 2022 ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, kita haruslah mengambil peluang dan ruang bersama-sama sebagai satu entiti menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Pelbagai bahasa, pelbagai budaya,

Itulah kekuatan negara Malaysia,

Rakyat bangga hidup bersama,

Berganding bahu membina negara.

Kepelbagaian rakyat Malaysia merupakan satu kelebihan dan aset yang amat penting dan berharga  dalam pembangunan negara.

Perpaduan dan pemupukan nilai murni adalah asas kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Dengan itu, saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan agar kita dapat teguh bersama berganding bahu memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara tercapai.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,

Malaysia kini diuji dalam pelbagai isu khususnya isu sosial, politik dan ekonomi yang sangat meruncing dalam sejarah negara.

Pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan sumber wang negara yang terlalu besar dalam sejarah dunia, rasuah yang berleluasa di setiap lapisan masyarakat dan pelbagai lagi isu telah memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.     

Dengan itu, pada hari dan tarikh keramat ini, marilah kita dengan semangat kebersamaan berjanji untuk bersama-sama memulihkan negara yang telah terbina tanpa mengira batasan agama, bangsa dan kaum.

Kita harus meyakini bahawa kita semua sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk melakukan perubahan kepada kebaikan bagi memakmurkan negara yang kita cintai ini.

Jalur Gemilang berkibar megah, 

Simbol perpaduan seluruh negara, 

Malaysia bebas daripada rasuah, 

Rakyat bersatu teguh bersama.

Sambutan Bulan Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia bermula pada 1 Ogos sehingga 16 September 2022 telah melibatkan ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang dalam program dan aktiviti sambutan seluruh negara.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak semua ahli IKRAM dan rakyat Malaysia agar terus bersama dan bekerjasama menjayakan program-program yang dirancang terutama program Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang juga merupakan upacara penutup seharian yang akan diadakan pada 16 September ini di UTM Kuala Lumpur. 

Sambutan Bulan Kebangsaan bertujuan memupuk dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara Malaysia.

Sambutan ini juga mengajak masyarakat Malaysia menjadi ‘rakyat sebagai satu entiti’ melalui semangat setiakawan untuk fokus kepada perkongsian nilai murni yang sama, pada pandangan saya wajarlah diteruskan pada masa yang akan datang.   

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,

Akhir kata, marilah kita bersama-sama meraikan hari kebangsaan pada tahun ini dengan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap Allah SWT dan semangat berganding bahu untuk terus menjadikan Malaysia negara yang maju, progresif dan sejahtera.

Jalur gemilang berkibar megah,

Perpaduan dipupuk sekian lama,

Kemerdekaan disambut dengan meriah

Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama. 

Wabillahi taufiq wal hidayah. 

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia