Tabung Kemanusiaan Migran Syria dilancarkan
PUTRAJAYA – Dengan kemasukan 100 orang pelarian Syria akan dibawa ke Malaysia pada 28 Mei ini, Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Sementara Migran Syria telah dilancarkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat lalu.
MyCARE hadiri Persidangan Asia Tenggara Mengenai Rohingya
BOGOR – Persidangan South East Asia Conference On Rohingya yang bertemakan “Humanitarian Diplomacy As A Possible Solution” telah berlangsung pada 18-19 Mei 2016 di IPB International Convention Center, Bogor, Indonesia anjuran South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM).
Ziarah Kasih IKRAM santuni pesakit kanser kanak-kanak
BANDAR TUN RAZAK – i-Bantu, Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI IKRAM) dan CAKNe – PPUKM (Cancer Associates and Kindreds Networking) telah menganjurkan program Ziarah Kasih Khidmat Masyarakat IKRAM ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menyantuni pesakit kanser kanak-kanak pada Khamis lalu.
DPN lulus IKRAM Putrajaya berstatus IKRAM Negeri
SERI KEMBANGAN – Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersetuju meluluskan pindaan perlembagaannya bagi menjadikan IKRAM Putrajaya berstatus Negeri, kata Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor yang ditemui IKRAMedia selepas selesai Persidangan DPN Tahunan 2016 di sini.
Iftar Kemanusiaan Perdana: Berbuka puasa sambil menyumbang
SHAH ALAM – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), The Space, Katering Enak Rasa, Saff One dan Islamic Events Malaysia akan bekerjasama menganjurkan Kemanusiaan Perdana 2016 kali pertama sempena Ramadan ini.
Majlis Dakwah Negara lawat Ibu Pejabat IKRAM
SERI KEMBANGAN – Berpandangan bahawa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berpotensi besar untuk menjayakan agenda dakwah dan perpaduan ummah, rombongan Majlis Dakwah Negara (MDN) yang diketuai Pengerusi MDN, Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid telah melakukan lawatan mahabbah ke Ibu Pejabat IKRAM di sini semalam.