Ziarah Kasih IKRAM santuni pesakit kanser kanak-kanak

Diberikan pendedahan tentang keadaan mereka yang menjalani rawatan di Wad 4D Pediatrik Onkologi & Hematologi, ziarah ini turut mendapat kerjasama daripada pihak PPUKM dan Wanita IKRAM Bandar Tun Razak. 

Dalam ziarah tersebut, Naib Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud telah memberikan sedikit ucapan, tazkirah serta kata-kata motivasi bagi memberi sokongan moral dan kekuatan kepada ibu bapa dan jururawat yang hadir untuk mereka sentiasa berlapang dada dengan ujian yang diberikan.

Hadir sama dalam ziarah ini adalah Pengurus PAKSI IKRAM, Puan Faridah Maludin, wakil Wanita IKRAM Bandar Tun Razak dan beberapa wakil i-Bantu.

Dalam majlis yang sama Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM turut menyampaikan sumbangan kepada CAKNe-PPUKM sebanyak RM1,000 bagi membantu aktiviti sokongan pesakit kanser kanak-kanak serta ahli keluarga mereka. Sumbangan disampaikan oleh Ustazah Maznah.

Program ziarah kasih turut melawat kanak-kanak pesakit kanser dengan memberi sumbangan wang serta hadiah bagi meringankan beban pesakit dan ibu bapa seterusnya memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak istimewa ini.

Pengerusi CAKNe PPUKM, Nor Hashimah Sulaiman yang juga ibu kepada seorang pejuang kanser berkata, beliau amat berbesar hati dengan usaha yang dijalankan IKRAM dalam membantu ibu bapa yang mempunyai anak penghidap kanser.

“CAKNe berperanan menjadi sebagai sebuah persatuan kumpulan sokongan yang memberi bantuan kepada ibu bapa yang mempunyai anak penghidap kanser di PPUKM.

“Kami di sini dengan bantuan jururawat di wad kanak-kanak cuba memberi kelegaan dengan sumbangan serta sokongan moral dan cuba mengusahakan pemberian bantuan lain untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Penasihat CAKNe, Mohd Shah Awaluddin berkata antara usaha terkini yang sedang dijalankan CAKNe adalah proses mengusahakan projek menterjemah dan menerbit bahan-bahan bacaan kanak-kanak mengenai kanser bagi memberi pendidikan kepada ibu bapa.

“Kami sedang dalam proses menterjemah buku-buku kanak-kanak bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu yang akan diubah suai mengikut budaya tempatan dan disarankan untuk kita juga keluarkan buku mengenai pengalaman ibu bapa merawat anak-anak pesakit di PPUKM sebagai rujukan masyarakat mengenai kanser,” jelasnya.

Beliau yang juga bapa kepada pejuang sakit kanser kanak-kanak berkata, CAKNe adalah sebuah kumpulan sokongan (support group) untuk pesakit kanser kanak-kanak yang mendapat rawatan di PPUKM serta ahli keluarga mereka.

“Ia ditubuhkan pada penghujung tahun 2008 oleh beberapa orang ibu bapa yang anak mereka mengidap kanser. Ia merupakan satu usaha khidmat masyarakat IKRAM kepada kelompok masyarakat yang memerlukan.

“CAKNe juga menyediakan starter kit iaitu keperluan asas untuk kegunaan ibu bapa yang tinggal menjaga anak di hospital dan kami mengharap sumbangan berterusan daripada semua pihak untuk untuk meneruskan kelangsungan projek starter kit ini. Saya juga berharap IKRAM Bandar Tun Razak meningkatkan sokongan kepada ibu bapa pesakit PPUKM,” ujarnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia