Majlis Dakwah Negara lawat Ibu Pejabat IKRAM

“Mereka memilih IKRAM lantaran mereka berpandangan bahawa IKRAM adalah satu pertubuhan yang memiliki potensi yang amat besar untuk membantu mereka menjayakan aspirasi yang mereka perjuangkan,” kata Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. 

Rombongan MDN seramai 10 orang turut disertai Prof Dato’ Paduka Zakaria Stapa, Timbalan Pengerusi dan Hj Zaid Kamaruddin, Naib Pengerusi, Dr Muhamad Razak Idris, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa MDN, Dato’ Hajjah Kamilia Ibrahim dan Sheikh Hj Anwar Zainal Abidin serta Kapten (B) Dr Shamsuddin Munir, Pengarah Sekretariat serta beberapa petugas sekretariat.

    

Lawatan tersebut disambut oleh Dr Mohd Parid sendiri, Setiausaha Agung IKRAM Hj Nahar Md Nor, Penolong Setiausaha Agung Hj Mohamad Yaakub Idris, Bendahari Prof. Dr, Hj Alauddin Mohd Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Hj Ahmad Zainuddin Abdullah dan Hajjah Kamaliah Noordin serta Hj Nordin Shafie, Ketua Pegawai Operasi Ibu Pejabat IKRAM.

Selain merapatkan hubungan sesama pertubuhan Islam di Malaysia, lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan MDN dan IKRAM serta aktiviti-aktiviti dakwahnya dan saling bekerjasama bagi mewujudkan hubungan positif ke arah perpaduan ummah.

Dimulakan dengan sesi taaruf antara kedua-dua belah pihak, majlis diikuti dengan kata-kata aluan Dr Mohd Parid dan Dato’ Dr Mahmood Zuhdi, pembentangan profil IKRAM dan MDN seterusnya sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran serta saling bertukar hadiah.

    

Mengenali dengan lebih dekat melalui lawatan ini, Dato’ Dr Mahmood Zuhdi turut mengharapkan agar IKRAM dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan usaha-usaha MDN. Dr Mohd Parid pula berharap lawatan ini akan diikuti dengan hubungan yang lebih rapat antara kedua-dua pihak.

“Kita telah dapat bayangan bahawa IKRAM akan dijemput untuk menganggotai sekretariat yang lebih besar yang akan mereka bangunkan untuk menjayakan usaha-usaha mereka (MDN),” ujar beliau.

Majlis Dakwah Negara (MDN) yang ditubuhkan pada Oktober 2013 merupakan badan khas di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi memperkasakan dakwah negara dalam aspek penyelarasan dakwah yang memfokuskan kepada memupuk persaudaraan Islam dan menggembleng potensi dan ruang dakwah daripada sumber dan peranan pelbagai dalam kalangan umat Islam.

Hj Zaid Kamaruddin, Timbalan Presiden IKRAM berperanan aktif dalam MDN sebagai Naib Pengerusi dan mengetuai Kumpulan Kerja Dakwah Non Muslim.

Semoga hubungan MDN dan IKRAM ini akan terus merintis usaha-usaha murni dalam menggembleng dan memperkasakan gerak kerja dakwah dan perpaduan ummah di Malaysia, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia