Tabung Kemanusiaan Migran Syria dilancarkan

Majlis pelancaran tabung ini telah dihadiri oleh Pengerusi Gabungan NGO Kemanusiaan Syria, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang juga Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan disaksikan oleh Duta Besar Lubnan, Ali Daher. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Pengurus SHARE dan i4SYRIA, En Sazlie Ibrahim.

Komitmen ini merupakan satu inisiatif Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab bersama-sama komuniti antarabangsa untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang berdepan dengan konflik dan peperangan.

Pelancaran tabung ini turut mendapat kerjasama dengan Gabungan NGO Kemanusiaan Syria yang terdiri daripada sembilan NGO iaitu MyCARE, Syria Care Malaysia, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), IMAM Response & Relief Team (IMARET), Muslim Care Malaysia Society, Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), Malaysia Life Line for Syria dan Yayasan Restu.

Sementara itu, dua wakil daripada MyCARE bersama lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berlepas ke Beirut dalam masa terdekat bagi melakukan tapisan keselamatan serta kesihatan sebelum membawa masuk migran.

Dalam pada itu, 100 migran Syria daripada 24 keluarga terbabit ketika ini tinggal di kem pelarian Lembah Bekka, Lubnan dan bakal ditempatkan di penempatan sementara di Setia Alam, Shah Alam dan Gabungan NGO Kemanusiaan Syria akan menguruskan hal ehwal pendidikan, kesihatan dan kebajikan mereka.

Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Sementara Migran Syria yang telah dilancarkan ini membawa objektif bagi mengumpul dana untuk menyediakan keperluan-keperluan asas untuk kumpulan migran ini apabila tiba di Malaysia nanti.

Sumbangan daripada syarikat dan individu-individu sama ada dari dalam atau luar Malaysia amatlah dihargai dan dialu-alukan.

Dalam Perhimpunan Agung PBB di New York pada Oktober tahun lalu, Malaysia menyatakan komitmen untuk menerima 3,000 pelarian perang Syria secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sumber: http://bit.ly/1WIV4OS

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia