DPN lulus IKRAM Putrajaya berstatus IKRAM Negeri

“Ia adalah kerana memahami dan mengiktiraf keunikan Putrajaya yang mempunyai profil demografi dan geografi yang berbeza. Sebelum ini Putrajaya beroperasi sebagai sebuah Daerah di bawah IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” jelas beliau. 

Beliau turut mengharapkan dengan perubahan status ini , IKRAM Putrajaya akan bertambah melonjak dalam kegiatan-kegiatan dakwah, tarbiah dan kebajikannya.

“Proses Menaiktaraf IKRAM Putrajaya akan dilakukan selepas cadangan pindaan ini diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan,” tambah beliau.

Menurutnya, ini adalah antara keputusan DPN kesembilan sesi 2014-2018 yang baru selesai bersidang yang merupakan DPN Tahunan 2016. DPN Tahunan adalah Mesyuarat Agung Tahunan IKRAM Pusat, di mana Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan 2015 IKRAM Pusat dibentang dan diluluskan.

“DPN Tahunan diadakan setelah selesai Mesyuarat Agung Daerah (MAD), Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) di seluruh negara.

“Tiada pemilihan pada tahun ini kerana pemilihan di peringkat Pusat hanya berlaku empat tahun sekali dan sesi ini akan hanya akan berakhir pada tahun 2018,” katanya lagi.

  

Ahli DPN baharu: Suhaimi dan Prof Hanim

Dalam perkembangan terbaru, Hj Nahar turut memaklumkan bahawa DPN kali ini menerima masuk dua orang Ahli DPN baharu, Sdr Suhaimi Mohd Aripin dan Prof Dr Hanim Salleh.

Suhaimi merupakan wakil Pahang yang dipilih bagi menggantikan Hj Shamsuddin Abdullah yang telah meletakkan jawatan dan Prof Hanim telah dipilih oleh MPN Selangor bagi menggantikan Sdr Urwah Saari yang telah meletakkan jawatan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia