Jenazah Syeikh Jum’ah Amin selamat dikebumikan

LONDON – Jenazah Naib Mursyid Am Ikhwan Muslim, Almarhum Syeikh Jum’ah Amin selamat dikebumikan semalam di Garden of Peace Muslim Cemetery, Ilford di sini selepas solat Zuhur di East London Mosque.
Syeikh Jum’ah Amin: Ahli IKRAM disaran solat jenazah ghaib malam ini

SERI KEMBANGAN – Berikutan pemergian Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Almarhum Syeikh Jum’ah Amin pada pagi Sabtu 24 Januari lalu di London, pihak Jawatankuasa IKRAM Pusat menyarankan agar semua ahli IKRAM mengadakan solat jenazah ghaib pada malam ini selepas solat Isyak.
MUKIM tingkat kualiti kepemimpinan belia Islam

PULAU PINANG – Program Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) Zon Utara telah diadakan di Auditorium 1, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini pada Sabtu 24 Januari lalu.
Tun Dr Mahathir lancar ‘Kempen Sumbangan 1 Bilion Dolar Untuk Membina Semula Gaza’

CYBERJAYA – Pelancaran ‘1 Billion Dollar Donation Campaign to Rebuild Gaza’ telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Shaftbury Asteria Cyberjaya, iTech Tower di sini pada Sabtu 24 Januari lalu.
Pemergian Syeikh Jum’ah Amin: Takziah dari IKRAM

Perutusan Takziah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Januari 2015 bersamaan 4 Rabiulakhir 1436H
Pemergian Syeikh Jum’ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Kerana ukhuwah: 250 anggota misi Selatan Thailand tiba di Kelantan

KUBANG KERIAN – Atas rasa ukhuwah dan prihatin dengan nasib saudara-saudara seiman dan sejiran mereka menghadapi ujian banjir, seramai 250 anggota misi bantuan dari Selatan Thailand telah tiba di Pusat Operasi i-Bantu Kelantan di sini pada Isnin lalu.