Kerana ukhuwah: 250 anggota misi Selatan Thailand tiba di Kelantan

Anggota misi yang terdiri daripada ahli-ahli pelbagai NGO di Selatan Thailand telah tiba semalam untuk memberikan khidmat pembersihan, pertukangan dan membawa pelbagai barang bantuan untuk mangsa banjir. Mereka disambut oleh Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani Abd Rani dan Setiausaha i-Bantu, Ustaz Azizee Rohim dan para sukarelawan i-Bantu.


Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Jaringan Kemanusiaan Maktab Saiful Islam, Masjid Taawun Bangku Pattani, Jaringan Jasad Wahid, Jaringan Badan-badan Islam, Masjid Yala dan A-Khidmat As-Salam Universiti Fatoni.

Antara barang bantuan yang dibawa ialah 200 bungkus barang keperluan asas, 500 kilogram beras, 200 dozen air minuman, 20 buah katil dan 10 buah khemah yang berjumlah 200,000 Bath (RM22,166), selain 10 orang tukang rumah.

Rombongan ini seterusnya dibawa ke kawasan yang dilanda banjir di Pasir Tumbuh dan kemudiannya berangkat ke lokasi utama misi iaitu di Kuala Krai.

Satu misi bantuan oleh A-Khidmat As-Salam Universiti Fatoni (gambar kanan) turut diadakan pada 8-10 Januari lalu bersama kira-kira 40 sukarelawan dengan barang bantuan membawa 500 toto, 500 tikar, 300 telekung solat, pampers, keperluan wanita, beras dan lain-lain.

Sejarah hubungan umat Islam di Thailand dan Malaysia telah terjalin sejak sekian lama. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pernah menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand ketika bencana itu terjadi di sana pada 2011.

Melalui program Rayuan Ramadhan dan Qurban Kasih Ummah anjuran IKRAM pula, sebilangan fakir miskin di Selatan Thailand turut menerima bantuan makanan berbuka puasa dan daging qurban saban tahun sumbangan umat Islam di Malaysia.

Benarlah sabda baginda SAW:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi, bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.” (HR Muslim)

Semoga ukhuwah dan keprihatinan sesama umat Islam Thailand dan Malaysia ini terus subur, insya-Allah.


Sumber:

1. http://on.fb.me/1EpLDI6

2. http://on.fb.me/1JcY1fD

3. http://on.fb.me/1yq69rw

4. http://bit.ly/1zw1ZA3

5. http://bit.ly/1C9u002

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia