Tun Dr Mahathir lancar ‘Kempen Sumbangan 1 Bilion Dolar Untuk Membina Semula Gaza’

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menyumbang dalam kempen ini untuk membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.

Kempen antarabangsa ini mensasarkan untuk membina semula 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 188 buah sekolah dan 134 buah masjid yang musnah akibat serangan zionis Israel selama 52 hari semasa Ramadan tahun lalu.


Serangan ini turut mengorbankan 2,000 nyawa dan mengakibatkan hampir 460,000 rakyat Gaza kehilangan tempat berteduh dan tinggal dalam kem pelarian atau tempat perlindungan sementara.

Turut hadir menyaksikan pelancaran Pengerusi The Arab and International Commission to Build Gaza, Wael As-Saqa, Presiden Malaysian Society for Engineering and Technology (MySET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali dan Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Kempen ini diadakan bersempena dengan persidangan sehari ‘International Conference on Reconstruction of Gaza’ anjuran The Arab and International Commission to Build Gaza, MySET dan Aqsa Syarif, sebuah agensi Palestin di bawah MyCARE.

Serangan zalim tersebut memerlukan Gaza perlu dibina semula yang merangkumi pelbagai sektor seperti kesihatan, pertanian, pengairan, pengurusan bahan kumbahan, bekalan elektrik, telekomunikasi dan pembuatan.

Bagi tujuan tersebut, Aqsa Syarif turut menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM1 juta, Pakistan Engineering Council menyumbang sebanyak USD10,000, Qastra Millenia menyumbang sebanyak RM8,800 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menyalurkan sumbangan berjumlah USD150,000.

Daripada sasaran sumbangan berjumlah USD1 bilion (RM3.6 bilion) untuk keseluruhan projek pembangunan ini, Malaysia mensasarkan untuk mengutip sumbangan berjumlah USD10 juta (RM36 juta) bagi menjayakan projek terbaru ini.

MyCARE terus membuka peluang bagi rakyat Malaysia menyumbang untuk Palestin melalui akaun [Maybank Islamic Berhad – 5515 7500 4299], [CIMB Islamic Bank Berhad – 8602 135 592] dan [Bank Islam Malaysia Berhad – 1209 2010 0349 04] atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD.

Bagi mendapatkan resit (atas permintaan) atau pengesahan sumbangan, hantarkan maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat surat dan e-mel), bukti transaksi (slip bank atau tarikh, masa, bank dan jumlah sumbangan) dan nyatakan destinasi negara (Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dan lain-lain) ke [email protected] atau +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja).

Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau e-mel. Semua sumbangan yang tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah.

Sumber: http://on.fb.me/1C4LBHL

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia