Misi banjir pantai timur 2 2015
Pada 3-4 Januari 2015, i-Bantu Melaka telah menghantar seramai 75 orang ke Kemaman, Trengganu untuk membantu mangsa banjir dan menghantar sumbangan rakyat Melaka. Kami telah bertolak ke Kemaman pada pukul 10.00 malam Sabtu dengan menggunakan 2 buah bas. Kami tiba di destinasi kami di SM Al Amin, Kemaman pada pukul 8.30 pagi. Kami diberi taklimat tentang banjir di daerah Kemaman dan tentang operasi pembersihan yang akan dilakukan.
Delegasi Kementerian Pendidikan Brunei lawat sekolah IKRAM-MUSLEH
BANDAR BARU BANGI – Delegasi para pegawai Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam kini sedang dalam rangka lawatan lima hari ke beberapa sekolah IKRAM-MUSLEH untuk meninjau pelaksanaan sistem Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH (PKPIM) yang akan diadaptasi di sekolah-sekolah menengah kerajaan di Brunei nanti.
Mukhayyam Tarbawi IKRAM WP Gabung Latihan Hadapi Bencana dan Tarbiah Rabbani
PORT DICKSON – Mukhayyam Tarbawi IKRAM Wilayah Persekutuan (WP) yang telah berlangsung pada 31 Januari hingga 2 Februari lalu di Brindley Training Camp di sini mengambil pendekatan berbeza dengan menekankan latihan kemahiran menyelamatkan orang ramai yang lemas dan mengalami kecederaan di air dan di darat.
Perginya Seorang Srikandi Pendidikan
MELAKA – Ketua Pegawai Operasi (COO) Sekolah Rendah Islam i-Musleh (SRiM), Melaka, Almarhumah Puan Marlindah Baba yang juga meninggal dunia pada tengah malam tadi di Hospital Melaka.
Presiden IKRAM kunjungi Desa Sakinah i-Bantu
KUALA KRAI – Penempatan sementara mangsa banjir yang dibina i-Bantu di Guchil 3 yang dinamakan ‘Desa Sakinah’ menerima kunjungan Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan diiringi oleh Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat pada Sabtu 24 Januari lalu.
Wanita IKRAM gesa kaji semula cadangan merotan sebagai kesalahan jenayah
SERI KEMBANGAN – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menggesa agar dikaji semula cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah yang mengundang pelbagai reaksi kerisauan dalam kalangan anggota masyarakat.