Pemergian Syeikh Jum’ah Amin: Takziah dari IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan rasa sedih dan dukacita dengan pemergian Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin Abdul Aziz, yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Januari 2015 di Kota London.

IKRAM mengucapkan takziah kepada pimpinan Ikhwan Muslimin dan keluarga Syeikh Jum’ah Amin. Syeikh Jum’ah Amin pernah melawat Malaysia selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Foto: Lawatan Syeikh Jum’ah Amin di Al-Amin Gombak dan Hira’ Jeram serta ceramah di UPM

Beberapa ceramah telah diadakan semasa lawatan tersebut. Antara kemuncaknya adalah perasmian surau Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak yang surau itu kemudiannya diberi nama Surau Syeikh Jum’ah Amin.

Syeikh Jum’ah Amin adalah antara generasi awal Ikhwan yang sempat bersama dengan pengasasnya Imam Hassan Al Banna.

Pemergian beliau merupakan kehilangan kepada dunia khususnya umat Islam yang masih banyak perlukan pengalaman dan tunjuk ajar beliau. Moga rohnya ditempatkan bersama para syuhada’ dan solehin.


Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia