Jenazah Syeikh Jum’ah Amin selamat dikebumikan

IKRAM diwakili oleh Presiden IKRAM UK & Eire (UKE), Mus’ab Shaharom dan beberapa ahlinya turut hadir untuk solat jenazah bersama-sama dan memberikan penghormatan terakhir untuk tokoh Ikhwan tersebut.

Solat jenazah diimamkan oleh Syeikh Ibrahim Munir, pimpinan Ikhwan Muslimin Eropah. Sepanjang urusan pengebumian tersebut, ia diiringi dengan tazkirah dan doa untuk keselamatan dan kerahmatan untuk roh Almarhum.


Dilahirkan di Bani Suef, Mesir pada 1934 dan bergabung dengan Ikhwan Muslimin pada 1951 hingga kini, Almarhum meninggalkan tiga orang anak dan tujuh orang cucu.

Selepas kejayaan Revolusi 25 Januari 2011 di Mesir, Almarhum mula melawat Malaysia memberikan ceramah umum tentang dakwah dan tarbiah pada Julai 2011, Januari 2012 dan Januari 2013 serta melawat sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH seperti Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak dan Sekolah Menengah Islam Hira’ di Jeram, Kuala Selangor.

Seorang pemikir dan penulis sejarah Ikhwan, Almarhum banyak menulis buku tentang dakwah dan tarbiah yang menjelaskan konsep pemikiran dan manhaj perjuangan Ikhwanul Muslimin.

Antara karya penting beliau adalah buku Di Bawah Naungan Usul 20 (Fi Zhilali Ushulil Isyrin), Dakwah: Kaedah dan Usul (Ad-Da’wah Qawa’id wa Ushul) dan Manhaj Perubahan Menurut Imam Al-Banna (Manhaj at-Taghyir ‘Indal Imam Al-Banna).

 

Video Pengkebumian:

1. https://www.youtube.com/watch?v=x49xiJbK4T8

2. https://www.youtube.com/watch?v=8T26yJrSevE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia