Presiden IKRAM kunjungi Desa Sakinah i-Bantu

Beliau dan Ainullotfi ditemani oleh YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Shaarani Mohd Naim dan Saudara Ismail Che Mat. Rombongan disambut oleh Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kelantan, Prof Dr Dinsuhaimi Sidek, Pengarah Projek Desa Sakinah, Hj Wan Zulkifli Wan Abdullah, serta YDP IKRAM Johor, Prof Madya Ust Dr Ajmain Safar dan Setiausaha JK Khidmat Masyarakat IKRAM, Ir Dr Faizul Amri Adnan.

Beliau dan Ainullotfi hadir untuk melihat sendiri perkembangan dan keadaan khemah-khemah di penempatan sementara Desa Sakinah yang dibangunkan dengan kerjasama i-Bantu Kelantan dan i-Bantu Johor.


Semasa kunjungan di sana, terdapat beberapa kumpulan sukarelawan yang sedang membantu antaranya IKRAM Pasir Gudang, GEMA Selangor, KAMU Putrajaya dan sukarelawan dari Patani, Thailand, selain daripada petugas-petugas i-Bantu Kelantan sendiri.

Desa Sakinah yang menempatkan 50 buah keluarga mangsa banjir direka dan dibina untuk keselesaan di mana sebuah keluarga akan menduduki dua buah khemah yang mempunyai tiga ruang utama iaitu ruang untuk ibu bapa, ruang anak-anak dan ruang bersama di tengah untuk aktiviti keluarga.

Selain itu, setiap khemah ini dilengkapi dengan kemudahan asas rumah seperti bekalan elektrik, dua lampu, dua soket, kipas angin berdiri, set tidur dan alatan memasak. Satu khemah besar untuk dapur turut didirikan yang dilengkapi dengan beberapa tungku dapur dan peralatan memasak dan penduduk Desa Sakinah ini akan memasak secara bergotong-royong untuk menyediakan juadah bersama.

Turut disediakan di penempatan ini adalah dua khemah besar untuk tandas lelaki dan tandas wanita serta kemudahan guna sama seperti bilik mandi, peti ais, dewan, surau dan klinik sementara.


Perkhemahan berpusat di desa ini juga akan memudahkan penyaluran sebarang bantuan seperti bantuan bekalan bahan mentah bernilai RM200, kawalan keselamatan dan peraturan desa. Setiap pembinaan di Desa Sakinah ini dipantau dan diselia oleh beberapa jurutera IKRAM yang bertauliah dan ditadbir oleh satu pasukan yang diketuai seorang pengurus.

Penghuni yang mendiami desa ini adalah mangsa yang kehilangan rumah dan bersifat sementara, menunggu rumah dibina oleh mereka atau peruntukan daripada kerajaan.

Menariknya, penghuni Desa Sakinah ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti tarbiah dan dakwah serta program sokongan yang telah dirancang oleh IKRAM Kelantan seperti khidmat guaman, klinik sementara, IKRAMTeens, khidmat rundingan rumah, jemputan artis nasyid, siri-siri ceramah, tazkirah dan pelbagai lagi.

Diharapkan kehidupan di Desa Sakinah i-Bantu akan menghidupkan suasana sakinah (ketenangan) dan mawaddah (kasih sayang) selama beberapa bulan di sini dan akan meninggalkan kenangan indah berukhuwah dalam jiwa-jiwa para penghuni ketika pulang kembali mendiami rumah masing-masing, insya-Allah.

Menurut Pengarah Projek Desa Sakinah, Hj Wan Zulkifli Wan Abdullah, di kawasan Guchil sahaja seramai 250 orang telah kehilangan rumah dan sangat mengharapkan bantuan semua untuk dibina penempatan sementara untuk mereka. Beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang dana bagi membangunkan penempatan sementara ini.

Mereka yang berminat untuk menyumbang bagi pembinaan khemah penempatan sementara mangsa banjir, boleh menyumbang melalui akaun Maybank 5621 4240 5154 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia dan memaklumkan sebarang sumbangan kepada 019-985 3736.

 

Sumber:

1. http://on.fb.me/1DfM1Z1

2. http://on.fb.me/15RPZfR

3. http://on.fb.me/1CLmQzh

4. http://on.fb.me/1HaoHlv

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia