Perginya Seorang Srikandi Pendidikan

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pendidikan IKRAM merakamkan ucapan takziah kepada suami beliau yang juga bekas kakitangan Ibu Pejabat IKRAM, Sdr Md Sidin Mardan, dan seluruh anggota keluarganya.

“Almarhum Marlindah Baba merupakan seorang yang sangat komited dan cekal dalam memartabatkan sistem Pendidikan Islam IKRAM-Musleh.

“Beliau telah terlibat dalam dunia pendidikan sejak awal hinggalah menghembus nafas terakhir, dengan tidak pernah mengenal lelah dan mengeluh kalah,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob.

Memegang dan melaksanakan pelbagai tanggungjawab dan amanah, antaranya beliau menjadi guru di SRI Al-Islah, Sungai Petani dan Sekolah Tadika Aliff Brunei, Guru Besar SRI As-Sa’idiyyah, Seremban, Eksekutif Pendidikan di Musleh Berhad dan akhirnya sebagai COO SRI i-Musleh, Melaka.

Sentuhan pendidikan Almarhumah pastinya terpahat dalam diri generasi anak didiknya.

Menurut Dr Omar, Almarhumah adalah salah seorang yang membantu mengasaskan sistem pendidikan IKRAM-Musleh yang dilaksanakan di sekolah rangkaian IKRAM-Musleh.

“Kecekalan dan kegigihan beliau harus dicontohi oleh para pejuang pendidikan IKRAM-Musleh, baik dalam kalangan guru mahupun golongan pentadbir,” ujar beliau.

Tambahnya beliau, Almarhumah tidak pernah kenal penat lelah dalam menegakkan deenul Islam semasa hayatnya, baik dalam keadaan susah atau senang.

Semoga Allah menerima segala amal dan jasanya, mengampuni segala kesilapan dan kesalahannya, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya, membahagiakannya dan menghimpunkan Almarhumah bersama orang-orang yang diredhai, para solehin dan para syuhada’, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia