Delegasi Kementerian Pendidikan Brunei lawat sekolah IKRAM-MUSLEH

Menurut ketua delegasi, Haji Mohamad Yusuf Haji Tengah yang juga Pegawai Pelajaran Kanan di Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam, ini merupakan lawatan kali pertama pihak kementerian itu ke sekolah IKRAM-MUSLEH untuk melihat sejauh mana pelaksanaan sistem pentaksiran tersebut di sekolah-sekolah rangkaian tersebut.

Hari pertama lawatan pada Isnin lalu, delegasi telah melawat Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Pejabat IKRAM-MUSLEH di Seri Kembangan semalam, hari ini di Sekolah Menengah Islam Hira’ di Jeram, Kuala Selangor dan akan melawat Sekolah Islam Hidayah di Johor Bahru esok.

Di Sekolah Sri Al-Amin Bangi, delegasi disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Haji Ridzuan Jaafar sebelum mendengar taklimat daripada Guru Besar Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Ahmad Fadhli Mohd Fauzi dan Penolong Kanan Pembangunan Insan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi, Puan Norlida Abu Shari.

Delegasi di Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Pejabat IKRAM-MUSLEH dan Sekolah Menengah Islam Hira’

Delegasi diiringi oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Puan Hajjah Kamaliah Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif MUSLEH Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor.

Di Sekolah Menengah Islam Hira’, delegasi disambut oleh Pengetuanya, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir dan YDP IKRAM Kuala Selangor, Ustaz Nagmudin Hussain, para pegawai sekolah serta diiringi pasukan kadet KRS MUSLEH sekolah tersebut.

Tambah Mohamad Yusuf, kementerian itu telah menjemput wakil IKRAM-MUSLEH untuk hadir ke Brunei Darussalam untuk mengadakan bengkel dan memberikan taklimat bagaimana cara-cara pentaksiran ini dilaksanakan secara teorinya.

“Alhamdulillah, apabila diadakan sesi lawatan ini, pentaksiran yang dibina itu benar-benar dapat memberikan objektif yang kami hasratkan,” katanya semasa melawat Sekolah Sri Al-Amin Bangi.

Katanya lagi, sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH terpilih untuk dijadikan lokasi lawatan kerana pencapaiannya yang amat membanggakan, dengan usaha-usaha yang dilaksanakan itu amat menampakkan satu kejayaan dan banyak yang dilihat daripada apa yang dibuat oleh IKRAM-MUSLEH ini dapat diadaptasikan di Brunei Darussalam.

“Semasa ini, pentaksiran ini baru bermula fasa pertama, dalam pembinaan, baru dalam kajian.

“Melihat hasilnya daripada fasa kedua nanti, insya-Allah ia akan dilaksanakan di seluruh sekolah menengah kerajaan,” jelas beliau.

Delegasi itu juga turut disertai oleh pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam yang sedang meninjau sistem Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH (PKPIM) yang mana masih dalam kajian kemungkinan untuk dilaksanakan sekolah-sekolah agama di negara itu nanti, insya-Allah.

 

Foto Lawatan:

1. Sekolah Sri Al-Amin Bangi: http://on.fb.me/1zeqlwP

2. Pejabat IKRAM-MUSLEH:  http://on.fb.me/1KqG9hT

3. Sekolah Menengah Islam Hira’: http://on.fb.me/18MILuR

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia