Wanita IKRAM gesa kaji semula cadangan merotan sebagai kesalahan jenayah

Dalam satu kenyataan media, Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim berkata, sebarang pindaan atau pemurnian yang hendak dibuat ke atas akta penjagaan hak kanak-kanak hendaklah dinilai secara menyeluruh serta bertujuan meningkatkan keberkesanan kawalan ke atas penjagaan kebajikan kanak-kanak.

“Pindaan tersebut mestilah mengambil kira sudut pandang Islam selaku agama persekutuan negara, adat serta budaya masyarakat.

“Pindaan yang hendak dibuat hendaklah bukan semata-mata untuk akur dengan prinsip dan perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC), yang mana Malaysia telah menjadi negara pihak setelah CRC diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995,” jelasnya.

Tambahnya, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim bahawa merotan anak merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat adalah kurang tepat dan boleh memberi tanggapan yang negatif terhadap masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan masyarakat antarabangsa dalam konteks pelaksanaan CRC.

Beliau menggariskan empat saranan untuk dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sebarang pindaan dibuat kepada Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu:

1. Mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan terutama dalam kalangan agensi-agensi agama, pakar-pakar psikologi dan NGO agar pandangan yang menyeluruh dapat diperoleh.

2. Memberi keutamaan dalam mendidik ibu bapa secara khususnya dan rakyat secara umumnya sebelum melaksanakan akta yang membawa kepada hukuman. Ibu bapa perlu diberi kefahaman mengenai disiplin dan menghukum anak-anak.

Disiplin bermakna meletakkan batas dalam semua urusan kehidupan dan perlu dilatih dan diterapkan dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil. Ia bertujuan menjadikan hidup lebih teratur, sejahtera dan harmoni, bukan untuk menakutkan apalagi mendera.

3. Memberi kefahaman kepada ibu bapa secara khususnya dan rakyat secara umumnya bahawa walaupun rotan disebut dalam Islam sebagai salah satu kaedah hukuman, namun ia tidak boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh, rotan tidak boleh digunakan untuk menghukum kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Merotan kanak-kanak yang tidak mempunyai kematangan fikiran dan belum mampu mengerti implikasi tindakan mereka adalah satu penderaan. Merotan juga adalah usaha terakhir untuk mendisiplinkan setelah usaha lain gagal.

4. Berusaha meningkatkan kesedaran dan kepekaan dalam menjaga kebajikan kanak-kanak perlu dilaksanakan secara berterusan. Ibu bapa yang didapati mengabaikan anak-anak mereka perlulah diberikan peringatan dan dikenakan tindakan.

 

Sumber: http://bit.ly/1D7yfHB

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia