Hidayah Centre Pulau Pinang terima kunjungan pelajar UUM
PULAU PINANG – Pada Jumaat 6 April 2012 yang lalu, pihak Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) telah menerima kunjungan 12 pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan tiga orang saudara kita (saudara baru) yang memeluk Islam sejak sebulan lalu.
Kempen Aqsa2Gaza3 di Kelantan
KOTA BHARU – Kerancakan kempen Aqsa2Gaza3 (A2G3) di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran bekas Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus pada 13-14 April yang lalu. Memulakan siri kunjungan kali ini, beliau telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat Tok Guru Nik Aziz memberi kuliah mingguan di pusat bandar Kota Bharu.
Kelab berbasikal IKRAM Randonneurs dilancarkan
JOHOR BAHRU – Kelab berbasikal IKRAM Negeri Johor, IKRAM Randonneurs telah dilancarkan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Arshad Ahmad di perkarangan Kompleks IKRAM Johor di Taman Universiti, Skudai dengan acara kayuhan sejauh 20 km oleh 130 orang pengayuh yang bertemakan “Ride for Ukhuwwah” pada Rabu 11 April 2012 yang lalu.
STEP 2012: Lebih 1,200 pelajar hadiri program sulung Kelab IKRAM Mesir
KAHERAH – Konvensyen Sliding Through Experience as Professionals (STEP 2012) telah diadakan pada Jumaat 6 April 2012 yang lalu di Al-Azhar Conference Centre dengan kehadiran lebih 1,200 pelajar perubatan. Konvensyen yang bertemakan “Medicine & Faith: Empowering the Muslim Doctors” adalah program sulung Kelab IKRAM Mesir dengan kerjasama Education Malaysia Egypt (EME) dan Medic Mesir.
D’Madani: Latihan membina kepimpinan ummah
KUALA LUMPUR – “Sumber yang jelas dan formula yang tepat adalah dua laluan ke arah pembinaan tamadun dan seterusnya melahirkan masyarakat madani”, begitu antara yang dipesan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ketika merasmikan Daurah Masyarakat Madani (D’Madani) pada Sabtu 7 April 2012 yang lalu.
Teater Islamofobia pamer keunikan, kikis prejudis
KUALA LUMPUR – Biar pun masih baru dalam arena teater, para pelakon Islamofobia mempamerkan persembahan yang mampu mengikis prejudis terhadap Islam di kalangan bukan Islam. Uniknya majoriti pelakon adalah bukan Islam dan berlakon secara sukarela di Dewan Muktamar JAWI di sini pada Sabtu 7 April 2012 yang lalu.