D’Madani: Latihan membina kepimpinan ummah

Daurah yang dianjurkan oleh JK Masyarakat Madani IKRAM dengan kerjasama JK Tarbiah IKRAM diadakan di Hotel Goldcourse, Klang diadakan sebagai program latihan kepada kepimpinan IKRAM dalam usaha membina pemimpin yang mampu memimpin ummah dan masyarakat dalam era yang penuh mencabar ini.

Program yang dihadiri hampir 100 pimpinan IKRAM pelbagai peringkat ini, dimulakan oleh bacaan Al-Quran oleh Saudara Norazmi Mat Noh dan kemudian nyanyian lagu IKRAM oleh para peserta.

Pengerusi JK Masyarakat Madani IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh kemudiannya meneruskan daurah dengan ucapan aluan. Beliau dalam ucapannya, mengingatkan kembali matlamat perancangan IKRAM dan kepentingan daurah ini kepada para pimpinan.

“Daurah ini diadakan bagi kita memahami cabaran dan halangan dalam suasana masyarakat madani”, jelas Hj Syed lagi yang juga merupakan Naib Presiden IKRAM.


Presiden IKRAM, kemudian dijemput memberi ucapan pembukaan seterusnya merasmikan daurah ini. Beliau, antara lain menggariskan usaha-usaha pembaikan yang perlu dibuat dalam usaha mewujudkan satu kondisi kehidupan dan persekitaran yang lebih selesa, lebih sejahtera, meningkat maju dan makmur.

Selepas perasmian oleh Presiden IKRAM, daurah diteruskan dengan pembentangan dari Dr Radwan Jamal, Pensyarah UIA bertajuk “Civil Society from the Islamic Perspective”. Beliau yang menyampaikan pembentangan membentangkan prinsip-prinsip Islam dalam berhadapan masyarakat dan berkongsi contoh-contoh daripada sirah Rasulullah SAW dan para khalifah selepasnya.

Daurah kemudiannya diteruskan dengan pembentangan Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin yang membentangkan tajuk “Cabaran Pengalaman Keterlibatan Di Dalam Masyarakat Madani di Malaysia”.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Bersama Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) berkongsi pengalaman-pengalaman beliau dalam menggerakkan NGO-NGO yang dianggotai pelbagai latar belakang agama, bangsa dan ideologi.

Dalam usaha memastikan peserta ‘merasai’ pengalaman mengendalikan NGO masyarakat madani, aktiviti role play diatur dengan beberapa ahli Jawatankuasa Masyarakat Madani diminta melakonkan beberapa situasi mesyuarat dengan empat peserta dipilih secara rawak untuk turut serta dalam role play tersebut. Role play ini telah memberi pendedahan kepada peserta tentang suasana mesyuarat yang dianggotai oleh ahli mesyuarat pelbagai latarbelakang. Hj Syed dan Hj Zaid, kemudiannya mengulas lakonan para peserta yang dipilih dari pengalaman mereka yang terlibat di medan.

Kedua-dua pimpinan pusat IKRAM ini meneruskan perkongsian mereka dalam forum yang dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi JK Masyarakat Madani, Hj Nahar Md Nor sebelum pembentangan resolusi di akhir daurah.

Secara keseluruhannya, daurah ini dilihat mencapai objektif dalam menyediakan pemimpin yang lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam masyarakat madani.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia