Dialog “How We Define God?” dapat sambutan hangat
MINDEN – Program “The Interfaith Dialogue: How Do We Define God?” telah diadakan pada Selasa 28 Februari 2012 di Dewan Kuliah SK 4, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Minden Pulau Pinang. Dialog antara agama ini telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih daripada 500 orang yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Wacana Masyarakat Madani: Mendampingi Masyarakat
(“Mendampingi Masyarakat” adalah Wacana Masyarakat Madani siri 2 kompilasi hasil tulisan Tuan Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM mengenai peranan gerakan dakwah dalam mendampingi masyarakat.)
Teater ‘Islamophobia’ ubah salah faham terhadap Islam
KUALA LUMPUR – Pada Rabu 8 Feb 2012, telah berlangsung sebuah teater bertajuk “Islamophobia” di Kuala Lumpur Performance & Art Centre (KLPAC) yang bertujuan bertujuan menjelaskan salah tanggapan golongan bukan Islam terhadap agama Islam. Teater ini adalah kali kedua dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Hidayah Centre dengan kerjasama Serious Comedy Studio dan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI).
Wacana Masyarakat Madani: The Arab Spring dan Detik Paling Istimewa
(Wacana Masyarakat Madani adalah kompilasi hasil tulisan Tuan Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM mengenai peranan gerakan dakwah dalam mendampingi masyarakat. “The Arab Spring dan Detik Paling Istimewa” adalah siri pertama wacana beliau daripada lapan siri wacana yang akan diterbitkan oleh laman web IKRAM)
Roadshow JKP: Memperkukuh Saf, Memacu Iltizam
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pusat (JKP) Pertubuhan IKRAM Malaysia telah mengadakan Lawatan atau ‘Roadshow’ ke seluruh Semenanjung Malaysia pada minggu lepas antara 17 Februari hingga 21 Februari 2012. Tujuan utama lawatan ini adalah meninjau perkembangan dakwah dan IKRAM di seluruh negara, menyampaikan perkembangan-perkembangan penting di Pusat serta mendapatkan maklum balas daripada pimpinan dan ahli-ahli di seluruh negara.
‘Pesona Cinta’ IKRAM Kuala Kangsar-Gerik
GERIK – Program Pesona Cinta kerjasama IKRAM Kuala Kangsar-Gerik dan Kolej Komuniti Gerik telah dijayakan di Dewan Persidangan Gerik di sini pada Sabtu 18 Februari 2012 yang dihadiri lebih daripada 260 peserta yang terdiri daripada pelajar kolej komuniti, ahli usrah IKRAMTeens dan wakil-wakil pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar dan Gerik.