Dialog “How We Define God?” dapat sambutan hangat

Program anjuran bersama Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM), Pusat Islam USM, Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP), Islamic Propagation Society International (IPSI), Persatuan Kebudayaan India, Persatuan Persaudaraan Kristian Agape dan Persatuan Pelajar Buddha ini bertemakan “Understanding Builds A Healthy Unity”.

Dialog ini menampilkan moderator Dr Shaikh Abdullah Hasan Mydin, pensyarah USM. Lima panelis dialog telah dijemput iaitu Hj Kamarudin Abdullah (Pendakwah IPSI mewakili Islam), Sam Surendran (Pastor mewakili Kristian), Puan Surya Dharamdass Gidwani (Pengetua Sekolah Buddha), Thirumoorthy Kolendai (Sami mewakili Hindu) dan Singh (Peguam mewakili Sikh).


Hj Kamarudin telah berjaya menyampaikan mesej bahawa Islam berpegang kepada konsep Tuhan Yang Esa dan Islam sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin. Pastor Sam Surendran pula menerangkan konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Qudus dan Trinity. Menurut Surya, dalam Budhha, agamanya tidak menyembah Tuhan tetapi mempercayai bahawa manusia mampu mencapai tahap kerohanian yang paling tinggi (super power).

Mewakili Hindu, Thirumoorthy pula menjelaskan konsep pelbagai Tuhan mengikut kelebihan masing-masing di mana berhala dicipta mengikut paras rupa dan watak mereka. Bagi penganut Sikh menurut Sukindharpar, mereka perlu hidup di dunia ini sebagai seorang murid. Mereka mesti mengikut semua ketetapan ‘Guru’ mereka dalam menjalankan kehidupan.

Mewakili Islam, dalam sesi penggulungan, Hj Kamarudin menyeru semua hadirin (yang belum Islam) yang ikhlas mencari Tuhan Yang Sebenar, supaya pulang ke rumah dan sebelum tidur, bertafakur kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan harapan mereka diberi petunjuk ke jalan yang benar (Islam). Dewan kuliah tersebut penuh sesak sejak bermula sehingga selesai program dan sesi soal jawab terpaksa dipendekkan kerana kesuntukan masa.

Tahniah kepada Hidayah Centre Pulau Pinang yang diwakili Saudara Mohd Yusni Ghazali dan Jawatankuasa HCPP yang lain yang memberi komitmen dalam penganjuran bersama dialog yang bermakna ini. Semoga sikap keterbukaan dalam menerangkan kebenaran Islam memutikkan hidayah dalam sanubari hadirin yang belum Islam dan mengukuhkan pegangan Tauhid seorang Muslim.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia