Roadshow JKP: Memperkukuh Saf, Memacu Iltizam

Ahli-ahli JKP telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk lawatan ke utara, tengah, selatan dan timur Semenanjung. Perjumpaan telah diadakan untuk dua sesi iaitu sesi bersama Jawatankuasa Negeri (JKN) dan Jawatankuasa Daerah (JKD), serta sesi bersama semua ahli.

Kumpulan pertama JKP diketuai oleh Presiden, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang melawat Zon Tengah iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Lawatan ke Perak diadakan pada 17 Februari di Hotel Hill City Ipoh dengan kehadiran lebih 200 ahli. Rombongan Presiden turut diiringi Ahli JKP Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Hj Shaharom Md Sharif dan Hj Muhammad Nicholas Sylvester. Keesokannya rombongan bertemu dengan JKN dan JKD Selangor.

Perak                                                          Wilayah Persekutuan                                                      Selangor

Rombongan Presiden turut melawat Wilayah Persekutuan pada 19 Februari di Experimental Hall, Bangunan Rektor UIAM Gombak yang juga dihadiri Ahli JKP Dr Omar Yaakob. Pada 21 Februari, pertemuan JKP dengan ahli IKRAM Selangor telah diadakan dengan kehadiran lebih 1,500 ahli di Dewan Banquet UPM yang turut dihadiri Penolong SUA Hj Mohamad Yaakob Idris, Ahli JKP Prof Alauddin Mohd Ali dan Ketua Wanita Ustazah Maznah Daud. Tabung Kebajikan Ahli IKRAM Selangor turut dilancarkan dalam majlis ini.

Selangor                                                               Selangor                                                     Presiden melancarkan tabung

Kumpulan kedua JKP diketuai oleh Setiausaha Agung, Hj Zaid Kamaruddin. Beliau menggantikan Timbalan Presiden, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom untuk lawatan ke Zon Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prof Hatta tidak dapat bersama dalam lawatan pada kali ini kerana bertugas di luar negara. Lawatan ke Kelantan telah diadakan pada 17 Februari di Kota Bharu.

Kelantan                                                               Terengganu                                                              Pahang

Rombongan SUA diiringi oleh AJKP Ust Megat Mohamed Amin dan Hj Nahar Md Nor. Keesokannya rombongan telah melawat ke Terengganu di Kuala Terengganu. Derma kilat untuk rakyat Syria turut dilancarkan di sini. Pada 19 Februari rombongan melawat Pahang di Pejabat IKRAM Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan dengan kehadiran lebih 100 ahli.

Kumpulan ketiga JKP diketuai oleh Naib Presiden, Ust Wan Subki Wan Salleh yang melawat Zon Utara iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.Rombongan beliau telah melawat Kedah pada 17 Februari. Beliau diiringi Ahli JKP Ust Tajul Ariffin dan Ustazah Maznah. Keesokannya rombongan telah melawat IKRAM Perlis di Arau. Pada 19 Februari, rombongan melawat IKRAM Pulau Pinang dengan kehadiran lebih 350 ahli.

Kedah                                                                     Perlis                                                               Pulau Pinang

Kumpulan keempat JKP pula diketuai oleh Naib Presiden, Hj Syed Ibrahim Syed Noh yang melawat Zon Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Rombongan beliau telah melawat Negeri Sembilan pada 17 Februari dengan kehadiran lebih 120 ahli. Beliau diiringi Ahli JKP Hjh Kamaliah Nordin, Dr Zulfakar Ramlee dan Hj Fadzil Salleh. Keesokannya rombongan telah melawat IKRAM Melaka di Rumah Melaka, Bukit Katil. Pada 19 Februari, rombongan melawat IKRAM Johor di Skudai yang juga dihadiri AJKP Prof Dr Ahmad Termizi Ramli.

Negeri Sembilan                                                     Melaka                                                                 Johor                     

Dalam sesi-sesi pertemuan dengan pimpinan dan ahli-ahli, antara perkara yang dikongsi adalah berkaitan hala tuju IKRAM serta perkara-perkara berkaitan dengan memperkemaskan gerak kerja IKRAM di seluruh negara. Mesej penting lain yang disampaikan adalah berkaitan dengan pesanan-pesanan yang telah disampaikan oleh Naib-naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Juma’ah Amin dan Syeikh Dr Mahmoud Ezzat, yang telah melawat Malaysia baru-baru ini yang dihos oleh IKRAM.

Secara umum JKP IKRAM berpuas hati dengan pencapaian semua IKRAM Negeri. Walau bagaimanapun, beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti telah bincangkan dan tindakan-tindakan bagi memperbaikinya telah dikenalpasti. Cadangan-cadangan dan maklum balas daripada pimpinan dan ahli-ahli juga telah diambil perhatian oleh pihak JKP untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

Lawatan JKP ke seluruh negara ini telah dijadual akan dilakukan sebanyak dua kali setahun di mana lawatan berikutnya dijadualkan pada bulan September 2012. Secara umum lawatan ini telah berjaya mengukuhkan saf dan meningkatkan iltizam pimpinan dan ahli-ahli IKRAM dalam arena dakwah tanah air.


Nahar Md Nor

Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, yang telah bersama-sama dalam rombongan JKP dalam lawatan ke Pantai Timur.

Kelantan                                                                      Terengganu                                                       Pahang

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia