Teater ‘Islamophobia’ ubah salah faham terhadap Islam

Teater ini dihadiri oleh kira-kira 150 peserta yang terdiri daripada 60 penonton belum Islam, 30 orang di kalangan saudara baru manakala 60 orang di kalangan orang Islam. Teater ini telah berjaya menerangkan banyak salah tanggapan terhadap agama Islam yang selama ini dimomok-momokkan oleh media Barat.


Teater ini mengisahkan suasana yang biasa berlaku di Malaysia di kalangan masyarakat belum Islam di mana berlaku percintaan dua insan berlainan agama dan bangsa yang terhalang oleh kehendak keluarga. Setelah usaha dakwah yang berterusan dan penuh hikmah, percintaan mereka berakhir dengan sebuah keluarga yang berfahaman agama nenek moyang telah memeluk Islam.

Menariknya, dua orang penonton telah berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang agama Islam dan berhasrat memeluk agama Islam setelah menonton teater ini, iaitu seorang pelajar India berusia 17 tahun dan seorang peguam Cina yang bekerja di BAR Council. Beliau telah bersetuju untuk menjadi pelakon utama ‘Islamophobia’ untuk teater yang seterusnya. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka.


Dengan menjadikan teater sebagai medium dakwah, pihak JAWI sangat teruja dengan teater ini dan berminat untuk menjadi penganjur bersama. Mereka telah membantu dalam memberikan cenderamata dan poster pada malam tersebut. Hidayah Centre telah menghadiahkan sebuah buku ‘Islam The Misunderstood Religion’ nukilan Dr Danial Zainal Abidin kepada para penonton. Naskhah Al-Quran terjemahan turut diedarkan kepada mereka yang berminat.

Sebagai merasmikan kerjasama dengan pihak JAWI, teater seterusnya akan diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam pada 7 April 2012 jam 8.00 malam. Semoga usaha dan kerjasama yang dilakukan membuahkan hasil untuk memakmurkan bumi Malaysia dengan hidayah Islam, insyaAllah.

Gambar program: [ Photos Islamophobia 1 ]  [ Photos Islamophobia 2 ]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia