Wacana Masyarakat Madani: Mendampingi Masyarakat

Wacana MM2: Catatan 5 Januari 2012

11. Dalam wacana kedua ini, saya ingin mulakan dengan premis yang jelas iaitu apa itu peranan duat. Ini dianggap asas tetapi kadang-kala ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ringkas kata, peranan duat ialah menyampaikan risalah Islam dengan menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Ini sekaligus merupakan dalil kepada tuntutan dakwah.

12. Ini disebutkan oleh Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 104: ”Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung”. Kita juga boleh rujuk kepada surah yang sama ayat 110.

13. Yang menarik berhubung ayat ini ialah suruhan pertama menyeru kepada kebajikan. Kata Hj Zaid, “Ini teladan yang baik bagi duat. Seru dulu kepada kebajikan kerana ia memberi kefahaman yang menjadi asas penerimaan suruhan dan larangan”.

14. Sekali lagi ada peranan besar gerakan Islam di sini… untuk menyeru kepada kebajikan dan kemudian diikuti dengan menyuruh berbuat yang makruf dan seterusnya mencegah dari yang mungkar. Setiap tindakan ini, bagi saya, memerlukan kita mendampingi masyarakat. Kalau tidak damping atau tidak engage, bagaimana boleh melaksanakan perintah ini dengan berkesan? Nanti bukan kita damping tetapi masyarakat menjadi dumping ground… maknanya hubungan sehala dan kita berasa puas hati kerana menganggap tugas kita menyampaikan telah beres.

15. Ini menjadi antara topik ucapan dasar Hj Zaid, pengalaman mendampingi masyarakat. Juga menjadi topik wacana kedua kali ini. Menurutnya, dalam mendampingi masyarakat kita mesti berpegang teguh dengan Islam pada setiap ketika.

“Berikan penjelasan yang jelas. Tiada apa yang perlu disembunyikan tentang Islam. Tiada apa tentang Islam yang perlu kita malukan. Malah sebagai cara hidup yang menepati fitrah manusia bincangkan dengan baik, mudah-mudahan Islam itu lebih mereka fahami”, tambah beliau.

Kita boleh rujuk Surah Al-Hijr ayat 94 untuk gesaan dakwah terbuka.

16. Kepentingan mendampingi masyarakat ini pernah disuarakan oleh Ust Dr Parid, Presiden IKRAM dalam ucapan beliau baru-baru ini ketika sidang Dewan Perwakilan Nasional ke-7, 16 Disember 2011. Katanya, kita hendaklah ikut sama menertibkan situasi politik, ekonomi dan sosial yang sedang membelenggu negara sekarang sebagai langkah awal mempermudah kerja-kerja besar yang ingin dijayakan.

17. Menurutnya, hasrat ini dapat dijayakan menerusi langkah-langkah berikut:

  • Memperhebat konstruktif engagement (dampingan konstruktif)
  • Memperluas kepedulian terhadap rakyat umum

18. Dalam soal dampingan konstruktif, beliau menjelaskan pula kumpulan yang perlu didampingi iaitu

  • Sesama kumpulan dakwah
  • Kepimpinan negara dan parti pemerintah
  • Kepimpinan negeri-negeri dan parti pembangkang
  • Kepimpinan masyarakat Muslim dan masyarakat pelbagai kaum

19. Adakah kita jelas kaitan peranan duat dengan engagement yang dimaksudkan oleh Hj Zaid dan Ust Dr Parid? Apakah kita tahu kumpulan yang ingin didampingi untuk melunaskan peranan duat kita? Apakah cukup dengan kumpulan yang dinyatakan Ust Dr Parid di atas?

20.  Sudah tentu dalam mendampingi masyarakat, tidak kira Muslim mahu pun pelbagai kaum, kita akan berdepan dengan bermacam-macam ragam dan cabaran. Apakah ragam dan cabaran-cabaran ini? Apakah ada panduan atau ciri-ciri yang perlu ada untuk menjayakan engagement yang sesetengah orang labelkan sebagai rules of engagement ?

Wacana MM2.1: Catatan 6 Januari 2012

21. Dalam Wacana MM2 terdahulu, saya telah letakkan premis mendampingi masyarakat di samping melontarkan beberapa persoalan. Tiada sesiapa yang sangkal kepentingan premis kita sebagai duat dan kaitannya dengan engagement. Dengan lain perkataan, sebagai duat yang berkesan, kita tidak boleh mengabaikan diri daripada mendampingi masyarakat!

22. Sesiapa pun boleh melaksanakan tugas sebagai duat mendampingi masyarakat. Ya… sesiapa pun kerana bukankah setiap hari kita berdamping dengan masyarakat sama ada di pejabat, sekolah, masjid, surau, kedai, Internet, program NGO, kawasan kejiranan dan perumahan, klinik, hospital, restoran, lapangan terbang, kawasan rawat dan rehat (R&R), kawasan taman rekreasi, mahkamah, stesen LRT dan komuter, stesen bas, majlis perkahwinan atau majlis kematian sekali pun.

23. Jika kuat ‘dalaman’ dan mantap ‘luaran’ walaupun bersendirian, kita sebenarnya tiada halangan melaksanakan engagement. Tetapi mengapa ada yang gagal laksanakan? Dan mengapa bersendirian sedangkan tugas duat tugas yang penting dan perlu berjamaah? Alangkah hebatnya jika aksi mendampingi masyarakat ini dapat dilakukan secara terancang dan beramai-ramai.

24. Memetik kembali pesanan Ust Dr Parid, sebagai sebuah organisasi apatah lagi gerakan Islam, kita mestilah menertibkan atau meneliti situasi politik, ekonomi dan sosial yang sedang membelenggu negara sekarang sebagai langkah awal mempermudah kerja-kerja besar yang ingin dijayakan. Dengan erti kata lain, untuk langkah engagement, kita tidak boleh alpa dengan isu-isu besar negara. Contohnya seperti isu rasuah, isu ekonomi, isu lembu (NFC) dan Himpunan 901. 901 bukan isu Anwar semata tetapi isu fitnah dan kezaliman. Kaedah fitnah, mengaibkan dan bersumpah mewarnai kes ini. Boleh dikatakan semuanya melanggar hukum Islam.  Jika fitnah dibiarkan melalui media dan kezaliman tidak dibanteras, lemahlah umat.

25. Sesuailah sekarang untuk kita kembali kepada persoalan saya dulu, apakah ragam dan cabaran-cabaran dalam kita mendampingi masyarakat? Untuk memudahkan perbincangan, saya ingin membahagikan jawapan soalan ini kepada dua bahagian, satu ialah ragam masyarakat dan dua ialah cabaran-cabaran.

26. Pertama, ragam masyarakat. Mungkin ada pakar psikologi dan sosial kemasyarakatan yang lebih arif, tetapi saya percaya kita tidak perlu menjadi pakar untuk mentafsirkan ragam. Hari ini, ragam masyarakat di negara kita bergantung kepada beberapa faktor besar. Antaranya ialah agama, sosial, kaum, media, pendidikan dan politik.

27. Dalam konteks agama, ragam masyarakat berbeza antara kumpulan yang berfikrah, beradat dan beribadat. Ini juga memberikan imbasan cabaran yang dihadapi. Contohnya, cabaran dan pendekatan kita mendampingi orang beragama di kalangan ahli-ahli gerakan Islam berbeza dengan ahli-ahli kariah masjid dan surau. Dalam keadaan tertentu, timbul konflik adakah pegangan agama atau pegangan kaum mereka lebih kuat?

28. Satu lagi contoh yang real ialah ragam orang yang kuat beragama lain selain Islam seperti Kristian, Buddhist, Hindu atau Sikh. Mereka pun ada ragam dan karektor tersendiri. Zaman Rasulullah SAW juga berdepan dengan kumpulan agama yang lain seperti Yahudi dan Nasrani. Bagaimanakah kita berdepan dan berdamping dengan ragam kumpulan ini?

29. Dalam konteks sosial, ragam masyarakat juga berbeza antara kumpulan yang hidup untuk sosial dan hiburan semata dengan kumpulan yang berhati-hati dalam bersosial. Kalau yang hidup bersosial, kenalah faham gaya hidup mereka. Bagi mereka, Facebook dan Twitter bukan semata-mata alat sosial tetapi satu gaya hidup!

30. Dalam konteks kaum, mahu atau tidak, masyarakat kita terbahagi jelas kepada sempadan kaum. Kita boleh salahkan budaya politik perkauman sebagai puncanya tetapi itulah ragam yang kita hadapi. Jika dibaca kembali Surah Ali-Imran ayat 104 dan 110, tidak pula dinyatakan seruan kepada kaum tertentu. Seruan dakwah seharusnya kepada semua.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia