Presiden rasmi PATWA 2010
CHERAS – Satu lagi sejarah institusi dakwah Malaysia tercipta apabila Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berjaya mengadakan Perhimpunan Ahli Teras Wanita IKRAM (PATWA) buat pertama kalinya hari ini dengan bertemakan ‘Memantapkan Saf Memimpin Ummah Mendaulatkan Syariah.’
Impak KBM SSQ+5R terus pikat remaja
HULU LANGAT – Seramai 165 orang peserta berjaya mengharungi pengembaraan hidup selama empat hari tiga malam dalam program Keindahan Bersama-Mu (KBM SSQ+5R ) yang telah diadakan di Impian Country Resort, Kampung Sungai Semungkis di sini bermula 11 Disember lalu.
AJK IKRAM dapat gelaran Datin Paduka
SHAH ALAM – Tahniah! Ahli Jawatankuasa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hajah Che Asmah Ibrahim adalah antara penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
XREK 2010 lahirkan remaja kental
PORT DICKSON – Tepat jam 3.00 petang, 2 Disember lalu, berakhirlah program ‘Xpedisi Remaja Kental’ atau lebih dikenali dengan nama singkatannya XREK di Brindley Training & Camp (BTC) dekat sini.
‘JOM Sunathon’ garapan IKRAM Subang Jaya
SUBANG JAYA – Selepas IKRAM Petaling Jaya tampil dengan program ‘Sunathon 2010’, IKRAM Subang Jaya pula menganjurkan program berkhatan beramai-ramai bersempena cuti sekolah yang sedang berlangsung sekarang.
Perutusan Maal Hijrah (1432H) PACE
(Perutusan Maal Hijrah menjelang 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010)
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, PACE mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan.