Impak KBM SSQ+5R terus pikat remaja

kbmssq1

Program yang dianjurkan oleh IKRAM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KRJ Motivasi ini merupakan program tahunan dan telah tiga kali dilaksanakan sejak tahun 2008. Pada tahun ini, jumlah penyertaan bertambah 65% berbanding tahun 2009. Hal ini membuktikan keberkesanan program KBM SSQ+5R dan kesannya mula meresap ke dalam hati remaja.

Sasaran utama program ini adalah para remaja di seluruh negara yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Biarpun majoriti peserta yang hadir pada tahun ini datang dari sekitar Lembah Kelang, namun ada juga peserta dari luar termasuklah dari Kedah dan Melaka.

Pihak Penganjur telah menyasarkan beberapa objektif utama bagi program ini, antaranya menyeru para remaja kembali kepada fitrah, mengajak mereka membetulkan amalan fardu harian, melahirkan remaja yang inovatif dan mampu berdikari, menyediakan remaja yang kental fizikal dan mental dan membentuk jati diri serta keperibadian yang mulia.

kbmssq2Program ini telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk mental, jasad dan rohani (Mentari). Antara slot-slot yang dilalui oleh para peserta ialah ‘Knowing Me Knowing You’, ‘Chit Chat Remaja’, ‘Janggal Trekking’, Mission Immpossible, Kantong Bocor, Nike Walk, Whats Up, Hidup Zero Alasan, Meniti Angin Malam, Solat not so late dan Menuai Kasih Menyemai Sayang.

Menurut seorang peserta, Afiq bin Azmi, 14 tahun, “Program KBM ini merupakan antara program paling best pernah saya hadir, saya rasa 4 hari 3 malam masih tidak mencukupi. (Kalau boleh) saya dan kawan-kawan mahu lebih lama lagi berada dalam program ini.”

kbmssq6Bagi pengarah program, Mohd Hafiz Abd Hamid, (gambar kanan) KBM SSQ+5R kali ini boleh dikatakan yang paling mencabar kerana banyak perkara perlu diuruskan.

“Pihak urusetia terpaksa bertungkus lumus, berkerja dari awal pagi hingga lewat malam demi memastikan kesempurnaan dan objektif program tercapai. Bagaimanapun segala penat lelah itu terubat apabila kilmaks program ini berjaya menyentuh hati peserta hingga menitiskan air mata penuh kesedaran. Bagi pihak penganjur, kami amat bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala atas segala bantuan-Nya,” kata Hafiz. Riak kepuasan di wajahnya bagaikan sukar disembunyikan.

Pihak penganjur juga merancang untuk mengadakan program susulan kepada para peserta dalam masa terdekat ini dan berharap agar dapat mengumpulkan para peserta KBM SSQ+5R dalam sesi tersebut.

Program Keindahan Bersama-Mu ataupun KBM ini merupakan sebuah program pembangunan sahsiah dan kesedaran umum di bawah kelolaan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Selama 13 tahun diwujudkan, program KBM telah berjaya diadakan di 500 buah sekolah seluruh Malaysia. Kepada pihak sekolah mahupun organisasi yang berminat untuk turut sama menganjurkan KBM di tempat mereka, sila hubungi Kak Yong (017-8786582) atau layari http://krj-motivasi.blogspot.com/

kbmssq2

kbmssq5

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia