AJK IKRAM dapat gelaran Datin Paduka

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ini yang juga Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi lelaki dan “Datin Paduka” bagi wanita. Dengan yang demikian, beliau kini dikenali sebagai Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Selain beliau, sebelas orang lagi menerima D.P.M.S. (Kelas Kedua) termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd, Datuk Tunku Putra Badlishah Ibni Tunku Annuar.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) mengetuai senarai 121 penerima Sultan Johor dan Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI) yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad menerima Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Anakanda Sultan Selangor, Tengku Amir Shah dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Nayan Ariffin pula masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran “Datuk Setia” bagi lelaki dan “Datin Paduka Setia” bagi wanita.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada hari ini di Istana Alam Shah, Klang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia