Wanita IKRAM Selangor: Wanita Sejahtera Di Bawah Lindungan Syariah

Pelaksanaan program ini diharapkan akan dapat menyumbang kepada segala usaha yang telah dilakukan sebelum ini bagi membetulkan persepsi yang silap mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Salah faham terhadap syariah Islam ini sering kali timbul dari kalangan wanita Islam sendiri yang sewenang-wenangnya menginterpretasi syariah Islam mengikut pemahaman mereka yang tidak tepat.

Sekelompok wanita Islam meletakkan wanita pada tahap yang rendah berbanding lelaki apabila wanita disuruh menjadi objek seks para suami dan merelakan diri mereka didera sebagai tanda ketaatan kepada suami.  Sementara sekelompok wanita lain pula menanggapi Islam sebagai sistem hidup yang menindas wanita dalam beberapa isu seperti hijab, poligami dan hukum hudud yang dikatakan tidak adil terhadap wanita.

Kedua-dua pemahaman yang ekstrim ini sebenarnya jauh meleset dari hakikat sebenar kedudukan dan peranan wanita sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Pandangan yang pertama tersebut sebenarnya amat menghina dan merendahkan martabat wanita manakala pendirian yang kedua pula telah silap dalam mentafsirkan syariah Islam.

Kedudukan lelaki dan wanita dalam Islam sebenarnya tidak dibezakan sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa’ ayat 124 yang bermaksud “Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak dizalimi sedikit pun”.

Apa yang membezakan antara manusia adalah sejauh mana mereka tunduk patuh melaksanakan segala ajaran Islam seperti yang tercatat dalam Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang membawa maksud “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)”.

Begitu istimewa sekali kedudukan wanita dalam Islam sehingga kaum lelaki digesa agar menggalas tanggungjawab untuk memastikan segala hak kemanusiaan bagi wanita disempurnakan dengan sebaik mungkin. Perkara ini disebut dengan jelas dalam Al-Quran dalam surah An-Nisaa ayat 34: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan…”

Setiap individu dalam Islam adalah individu yang merdeka dan hanya patuh kepada apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu, ketaatan wanita kepada suaminya adalah menurut batasan ketaatan kepada Allah yang sudah pasti tidak memudaratkan apatah lagi merendahkan wanita.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah menegaskan perihal pentingnya kaum wanita dilayan dengan baik serta penuh lemah-lembut dan kasih sayang. Pesanan ini disampaikan dalam Khutbah Wida’ di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’: “…Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia….”

Melalui program ini, Wanita IKRAM dan Wanita JIM Negeri Selangor berhasrat untuk memberikan pendedahan terhadap kefahaman sebenar mengenai syariat Islam serta manfaatnya terhadap manusia dan segala isi alam apabila ia dilaksanakan sepenuhnya dalam masyarakat. Syariat Islam adalah rahmat untuk seluruh alam bukan milik orang Islam semata-mata.

“Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama.” (Al-Maidah:48).

Syariat Islam yang dilaksanakan secara syumul memastikan bahawa suasana yang aman dan selamat dalam masyarakat dapat diwujudkan.

Kami harap segala usaha kita dengan semua pihak akan mencapai matlamat kita memastikan kesejahteraan kehidupan semua ahli masyarakat kita.

Semoga Allah swt memberkati usaha ini.


Profesor Madya Dr Roohaida Othman

Ketua Wanita IKRAM Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia