Veveonah: Antara kepalsuan dan kebenaran

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah, dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.”

 

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan YouTuber untuk membuat isu,” kata Timbalan Menteri itu di Dewan Negara.

 

Sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri itu, Veveonah berkata, beliau bekerja keras untuk menjalani peperiksaan dalam talian beberapa bulan lalu dan tidak menyangka ia akan tular sedemikian rupa.

 

“Kali ini, berita mengenai saya tular lagi tapi dengan kesan yang tidak baik,” ujarnya dalam akaun Facebook miliknya.

 

Lantaran itu, Pengerusi UMS, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan bahawa  Veveonah tidak menipu dan sememangnya telah mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian pada 9 hingga 12 Jun 2020.

 

Menurutnya, beliau sendiri telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu.

 

Dalam akaun Twitternya, beliau menambah, Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin peringkat Ijazah di UMS.

 

Dengan penjelasan Pengerusi UMS sendiri, jelaslah kepada kita siapa yang membuat dakwaan palsu dan siapa yang bercakap benar. Walaupun Timbalan Menteri itu sudah memohon maaf, insiden ini amat memalukan apabila sesuatu dakwaan palsu keluar daripada mulut beliau di Dewan Negara yang mulia.

 

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim dalam kenyataannya menyeru agar segala bentuk buli siber khususnya ke atas Veveonah dihentikan.

 

“Ini bukan sahaja memalukan diri sendiri dan kredibiliti kabinet kerajaan, malah menjatuhkan maruah diri dan keluarga remaja ini, termasuk kampus yang mana tempat beliau belajar tercalar teruk disebabkan serangan ini,” tegasnya.

 

Beliau juga menggesa agar pihak kerajaan memberikan fokus kepada isu asal iaitu pembangunan infrastruktur pendukung jaringan Internet yang sememangnya lemah di Sabah dan Sarawak.

 

Sementara itu, Presiden sebuah badan mahasiswa, HARMONI Malaysia, Usaid Asmadi berkata, tuduhan terhadap Veveonah menggambarkan Timbalan Menteri itu gagal memahami isu akar kepada permasalahan yang berlaku dan tidak bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah yang sedang menimpa rakyat.

 

“Tuduhan ini juga telah memberikan kesan yang buruk kepada imej dan peribadi Veveonah Mosibin, secara langsung mempamerkan tindakan tidak wajar pimpinan negara yang telah membuli rakyat,” kata beliau.

 

Beliau turut menggesa agar kerajaan fokus untuk menyelesaikan masalah utama iaitu capaian Internet yang berkualiti dan meluas serta hak sama rata mahasiswa dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

 

“Masalah ini bukan menjadi masalah Veveonah semata, tetapi juga menjejaskan ramai lagi mahasiswa menjalani pengajian dalam talian,” tambahnya.

 

Insiden-insiden terlepas cakap, membuat dakwaan palsu dan tuduhan tidak berasas tidak sepatutnya berlaku terutamanya oleh Menteri, Timbalan Menteri dan para pemimpin berpengaruh kerana apabila kebenaran sesuatu itu tersingkap, ia pasti akan menjejaskan kredibiliti dan integriti mereka.

 

Namun begitu, insiden ini juga mencerminkan sikap sebahagian kita yang gemar menerima bulat-bulat apa saja berita tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.

 

Islam sudah lama menjelaskan prinsip tabayyun (selidik sebelum sebar) dan implikasi menyebarkan berita palsu supaya menjadi panduan kita semua.

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujuraat: 6)

 

– Minda Editor –

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia