Usahawan Muda Dilantik Pengerusi KIMB Baharu

SERI KEMBANGAN – Usahawan muda, Abdul Halim Khairi Abdul Aziz, 33, telah dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) baharu bagi sesi 2024/2025 dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-31 koperasi itu pada Sabtu, 29 Jun lalu.

Graduan sarjana muda dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh UIAM ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Ayam Gepuk Top Global dan Aqiqah Centre serta Ketua Pegawai Kewangan HijrahAnnur.

Pelantikan ini memperkenalkan beberapa pemimpin muda dalam anggota lembaga serta jawatan-jawatan utama bagi menggerakkan KIMB.

Berikut merupakan senarai barisan kepimpinan KIMB bagi sesi 2024/2025:

Pengerusi: Abdul Halim Khairi Abdul Aziz

Setiausaha: Fikri Ahmad

Bendahari: Hj Rubani Dikon

Anggota Lembaga:

  • Dr Hj Ahmad Zainuddin Abdullah
  • Hj Tuan Yaacob Tuan Sof
  • Badrul Azmi Jamaludin
  • Hj Borhan Kamisan
  • Marwan Abdullah
  • Ahmad Adlan Mohamed Khalidi

 

KIMB yang ditubuhkan pada tahun 1994 bertujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan bagi tujuan kebajikan serta mempertingkatkan taraf sosioekonomi anggotanya khususnya dan umat Islam amnya.

Merupakan salah satu institusi di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia, koperasi ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti peluang pembiayaan peribadi, pembiayaan perniagaan, simpanan pelaburan khas, produk takaful dan jualan.

Sejajar dengan perkembangan arus permodenan, KIMB kini menuju transformasi muamalah digital dengan memperkenalkan penggunaan “Terminal Merchant Machine”, mendaftar sebagai corporate payee Maybank dan menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui QR Code dan JomPay.

KIMB menggalakkan penyertaan orang ramai untuk mendaftar sebagai ahli, selaras dengan semangat untuk memenuhi tuntutan bekerjasama (taawun) dalam perkara kebaikan dan takwa. Maklumat lanjut berkaitan KIMB boleh dilayari melalui laman sesawangnya di https://kimb.com.my/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia