Usah bertingkah, teruslah melangkah

Jika kita lihat kembali kisah seorang pendakwah yang berhasrat membantu masyarakat, sebuah pulau di negeri Sabah, tentu kita akan bersetuju dengan peribahasa, “Buat baik berpada-pada…”

 

Namun, itu bukanlah bermakna saya tidak bersetuju dengan usaha yang sangat luar biasa dilakukan oleh seorang Ebit Lew bersama pasukannya, tetapi tindakannya itu pula yang menjadi bebanan jika diteruskan.

 

Pelbagai persepsi dibuat oleh netizen yang ingin tahu apakah sebabnya keadaan itu berlaku. Tidak terkecuali, ramai yang menuding pihak-pihak tertentu hinggakan misi yang dilakukan pendakwah itu terpaksa dibatalkan.

 

Bukanlah sesuatu mudah untuk menangani pelbagai tanggapan daripada masyarakat mahupun ilmuwan dalam isu yang terjadi ini. Kesungguhan dan semangat yang jarang kita dapat lihat berlaku dalam kalangan pendakwah seperti beliau ini.

 

Ketika menceritakan keadaan yang beliau harus tempuhi jika meneruskan hasrat yang disasarkan, tampak pada raut wajahnya sedih dan hiba. Namun apakan daya, di sebalik yang berlaku pasti ada hikmah daripada-Nya.

 

Apa yang menariknya, beliau tetap meneruskan langkah sebagai seorang pendakwah yang tetap terus tegar berbakti walaupun dicuit di sini sana ketika dirinya melakukan kebaikan serta menyantuni masyarakat.

 

Memang tidak mudah menghadapinya jika seseorang itu tidak mempunyai kekuatan mental dan keyakinan yang kuat kepada Allah Subhanahuwataala.

 

Di samping susuk yang menampakkan kerja-kerja dakwah di lapangan ini, seharusnya para pendakwah lain mengambil iktibar dan mengikut jejak sebagaimana yang telah beliau lakukan untuk Islam.

 

Menyentuh tentang integriti pendakwah, seharusnya setiap pendakwah berusaha menyampaikan kebaikan dan meyebarkan kefahaman tentang Islam terutamanya akhlak juga adab agar mereka yang disantuni akan tertarik dengan Islam, selain menambah keyakinan mereka.

 

Kaedah yang benar perlu dipamerkan agar manusia lainnya menyedari bahawa Islam ini adalah yang terbaik. Pendakwah tidak perlu terus meletakkan hukuman kepada mereka yang jahil pengetahuan agamanya, tetapi mereka perlu berusaha menyampaikan dan memahamkan manusia dengan sebaiknya tanpa menyentuh sensitiviti terhadap sesuatu.

 

Begitu juga ketika memasuki sesuatu tempat, pendakwah itu mengenal pasti situasi dan demografi tempat itu, bukan menerjah semberono tanpa merujuk kepada orang yang mengetahui keadaan tempat tersebut.

 

Walaupun ramai yang terkesan dengan pandemik yang terjadi ini, seharusnya itu bukanlah menjadi penyebab dakwah itu terhenti bahkan ia perlu terus melaju dan bersasar.

 

Sebagaimana yang dicontohkan oleh seorang Ebit Lew, walaupun apa yang beliau lakukan itu baik, namun pasti dan tentu ada pihak-pihak tertentu yang tidak menyenanginya. Justeru seorang pendakwah perlu lebih kreatif dan kritis dalam menyempurnakan tugasannya.

 

Realitinya, kita sentiasa dambakan akan lahir lebih ramai lagi pendakwah yang seperti beliau agar masyarakat terus dapat disantuni dan dibantu. Moga situasi tidak diingini yang berlaku menjadikan seseorang pendakwah itu lebih kental dan tetap terus bersemangat.

 

Teruslah kita membantu semampunya demi menyelamatkan masyarakat yang serba kekurangan dan kesusahan apalagi dalam situasi yang getir dan mencabar pada musim pandemik ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia